Judul : Agihan kerusi: Tun Mahathir cuba "sejukkan" Amanah
link : Agihan kerusi: Tun Mahathir cuba "sejukkan" Amanah
Agihan kerusi: Tun Mahathir cuba "sejukkan" Amanah
Oleh Wan Anis Ilyani Wan M Azhar & Shuhaniza Said
SHAH ALAM: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad memuji Amanah yang disifatkan sebagai bermurah hati dalam soal pembahagian kerusi di antara empat parti komponen gabungan itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Beliau dilihat cuba mengambil hati Amanah, khususnya pimpinan Johor parti itu yang memulau Konvensyen PH kerana diberi hanya dua kerusi Parlimen untuk bertanding di negeri berkenaan.
Secara keseluruhan Amanah diperuntukkan 27 kerusi parlimen, berbanding 52 untuk PPBM, 51 PKR dan 35 untuk DAP.
Ramai pihak mempersoalkan kenapa PPBM yang hanya menyandang kerusi Pagoh ketika ini, diberikan begitu banyak kerusi untuk bertanding meskipun baru ditubuhkan setahun lalu.
Berucap di konvensyen sulung PH di sini, Dr Mahathir yang juga pengerusi PPBM tidak menghuraikan rasional pembahagian kerusi itu tetapi akur Amanah - parti serpihan PAS - banyak bertolak ansur untuk menjayakan rundingan berkenaan.
"PKR banyak tuntutan dibuat kerana di dalam PH, PKR merupakan parti tertua (berbanding Amanah, PPBM). Tapi mereka juga tak dapat semua. Begitu juga DAP walaupun ia mudah sedikit, ia tak banyak soal. Mereka nak ke kawasan yang boleh dan tak minta banyak (kerusi). Kita beri kawasan-kawasan ke DAP walaupun saya yakin kalau boleh dapat lagi banyak mereka lagi seronok.
"Amanah ini nak kata (parti) baru tidak, lama pun tak. Dulu mereka menjelma dalam PRU13 guna nama lain. Sekarang nama lain. Tapi mereka tuntut nama lama, tempat lama, payah nak bagi. Tapi mereka bermurah hati. Akhirnya yang jayakan agihan kerusi kalangan empat parti ialah Amanah," katanya semasa berucap di Konvensyen PH yang berlangsung di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam, petang tadi.
Dr Mahathir kemudiannya menyifatkan agihan kerusi sesama parti-parti komponen PH berjaya jika adanya ketidakpuasan di kalangan mereka.
Beliau merujuk suasana yang dilaluinya sepanjang menjadi Presiden Umno dan perdana menteri lebih 20 tahun yang lalu.
"Dahulu semasa di zaman purba semasa saya menjadi PM, saya biasa kata kepada mereka yang mengadakan rundingan, bahawa hasil rundingan yang terbaik ialah apabila semua pihak tidak berpuas hati.
"Kalau ada satu pihak yang berpuas hati ia bermakna kita tidak adil. Nak bagi semua orang berpuas hati tak mungkin, jadi kena terima keadaan di mana semua pihak tidak berpuas hati.
"Saya yakin parti-parti di dalam PH tidak ada satu pun yang berpuas hati," katanya lagi.
Dr Mahathir berkata proses merundingkan agihan kerusi sesama parti-parti di dalam PH berlaku dengan sukar dalam tempoh yang panjang sebelum kesemua mereka mencapai keputusan muktamad sebagaimana yang diumumkan hari ini.
"Saya percaya di dalam Pakatan Rakyat (PR) dahulu pun tidak mudah untuk mengagihkan kerusi. Apabila dipersetujui pun ada yang tidak berpegang dengan keputusan.
"Tetapi saya yakin kali ini kita buat keputusan awal dan kita akan jual keputusan ini kepada penyokong-penyokong kita supaya mereka bersatu menjayakan perjuangan kita," ujar Dr Mahathir lagi.
Demikianlah Artikel Agihan kerusi: Tun Mahathir cuba "sejukkan" Amanah
Sekianlah artikel Agihan kerusi: Tun Mahathir cuba "sejukkan" Amanah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Agihan kerusi: Tun Mahathir cuba "sejukkan" Amanah dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/01/agihan-kerusi-tun-mahathir-cuba.html