Judul : Aktivis: Tanpa jaringan strategik, gerakan sivik hanya syok sendiri
link : Aktivis: Tanpa jaringan strategik, gerakan sivik hanya syok sendiri
Aktivis: Tanpa jaringan strategik, gerakan sivik hanya syok sendiri
Anis Syafiqah Md Yusof berkata, parti politik gemar membiarkan NGO dan aktivis menjadi penonton terhadap keputusan serta tindakan mereka yang menjejaskan semua pihak.
SUBANG JAYA: Aktivis pelajar, Anis Syafiqah Md Yusof berkata, parti politik gemar membiarkan badan bukan kerajaan (NGO) dan aktivis menjadi penonton terhadap keputusan serta tindakan mereka yang membawa implikasi kepada semua pihak.
Sehubungan itu, presiden Kesatuan Mahasiswa Malaysia itu menyarankan parti politik membentuk jaringan strategik dengan gerakan sivil bagi mengelakkan wujud gerakan syok sendiri yang tidak memiliki “kuantum” diperlukan untuk perubahan.
“Lebih malang lagi berlakunya kritik-mengkritik antara satu sama lain, walhal itu dapat dielakkan dari awal sekiranya diurus dengan baik.
“Justeru, tidak ada salahnya jika Pemuda Harapan menubuhkan satu saluran yang boleh diberi nama apa sahaja, tetapi tujuannya sebagai medan konsultasi strategik,” katanya ketika berucap dalam Konvensyen Pemuda Pakatan Harapan (PH) hari ini.
Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menggesa PH mengekalkan tradisi berunding dengan NGO dan aktivis masyarakat kerana kekuatan gabungan 4 parti pembangkang itu ialah suara rakyat majoriti.
Sementara itu, Anis menggesa Pemuda PH tidak membandingkan diri dengan Pemuda Umno yang diketuai Khairy Jamaluddin.
“Ya, setakat hari ini beliau mungkin masih menang menerusi aspek ‘tall, dark, handsome’ tapi beliau jauh ketinggalan dalam soal menjuarai anak muda.
“Bagi saya, Khairy Jamaluddin tak lebih dari sekadar ilusi yang memperdana imaginasi anak muda. Seperti trend drama Korea yang mendemamkan rakyat Malaysia sehingga lenggok cakap seperti Korea, gaya rambut Korea, gaya pakaian seperti Korea, tetapi sarapannya masih nasi lemak sambal bilis.”
Katanya, walaupun menteri belia dan sukan itu disenangi golongan muda, tetapi masih banyak masalah belum selesai.
“Masalah PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) yang menghantui graduan masih tidak selesai, masalah peluang pekerjaan yang semakin tirus masih tidak selesai, masalah harga rumah yang melambung tinggi masih tidak selesai.”
Demikianlah Artikel Aktivis: Tanpa jaringan strategik, gerakan sivik hanya syok sendiri
Sekianlah artikel Aktivis: Tanpa jaringan strategik, gerakan sivik hanya syok sendiri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Aktivis: Tanpa jaringan strategik, gerakan sivik hanya syok sendiri dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/01/aktivis-tanpa-jaringan-strategik.html