Judul : Azmin jamin reformasi terus 'bernyala' walaupun Dr Mahathir jadi PM
link : Azmin jamin reformasi terus 'bernyala' walaupun Dr Mahathir jadi PM
Azmin jamin reformasi terus 'bernyala' walaupun Dr Mahathir jadi PM
Oleh Nur Atiqah Abdul Samad
GOMBAK: Pakatan Harapan (PH) harus memastikan obor reformasi terus bernyala selepas gagasan itu mencalonkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri jika memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Datuk Seri Azmin Ali.
Menteri Besar Selangor itu berkata beliau akur PKR negeri yang dipimpinnya menolak pencalonan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri sementara PH, namun memberi jaminan pencalonan itu tidak akan meranapkan perjuangan yang didokong pembangkang selama ini.
“Itu pandangan (menolak pencalonan Dr Mahathir) dari akar umbi. Saya telah nyatakan dua hari yang lepas dalam perjuangan reformasi ini kita harus memberikan ruang kepada anggota dan rakyat untuk memberi pandangan.
“Maka agenda reformasi yang diperjuangkan selama ini janganlah mudah dimatikan kerana kita berada disini pun atas reformasi yang diterima baik oleh rakyat.
“Sementara saranan yang telah dibuat dalam konvensyen itu harus dilaksanakan,” beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan sumbangan kerajaan negeri di Masjid Zakariah di sini hari ini.
Sebaik sahaja PH mengumumkan pengerusi PPBM itu sebagai calon perdana menteri sementara jika menang PRU14, PKR Selangor menyatakan penolakannya diikuti beberapa pemimpin parti itu termasuk Ketua Wanitanya, Zuraida Kamaruddin.
Selain PKR, banyak pihak menyatakan penolakan terhadap Dr Mahathir, termasuk dari kalangan PPBM sendiri.
Ketua Setiausaha Sekretariat PH, Datuk Saifuddin Abdullah ketika mengumumkan calon perdana menteri gagasan itu memberitahu Dr Mahathir hanya mengisi jawatan itu buat sementara waktu sahaja sehingga Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan daripada Penjara Sungai Buloh, 8 Jun depan.
PH ujarnya akan mengusahakan pengampunan daripada Yang Di-Pertuan Agong bagi membolehkan Anwar menggantikan Dr Mahathir dengan kadar segera.
Namun Dr Mahathir bermain tarik tali apabila berkata 'sama ada beliau menjadi perdana menteri untuk tempoh penuh satu penggal atau kurang tidak dapat ditentukan'.
Celaru politik dalam PH semakin rumit apabila gagasan itu dihambat persoalan bagaimanakan kedudukan isteri kepada Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon timbalan perdana menteri gagasan itu, sebaik sahaja suaminya diangkat menjadi perdana menteri.
Jika itu yang berlaku, Anwar- Azizah adalah pasangan suami isteri pertama di dunia yang menjadi perdana menteri dan timbalan perdana menteri, jika menang pilihan raya.
Sementara itu, Azmin berkata keputusan untuk memilih Dr Mahathir yang berumur 93 tahun sebagai perdana menteri, sekiranya pembangkang menang PRU14 terserah kepada rakyat.
"Fokus utama sekarang adalah untuk meyakinkan rakyat dalam menerima tawaran yang diberikan PH. Jika rakyat terima pencalonan tu, individu berusia 93 tahun untuk memerintah negara, kenapa tidak? Kita negara demokrasi, itu terpulang kepada rakyat.
"Kita bukan paksa rakyat untuk terima, kita menawarkan bahawa ini adalah yang terbaik," ujar beliau.
Ketika ditanya, mengapa nama beliau tidak dipilih untuk menjadi calon perdana menteri, Azmin menjawab beliau mahu memberi tumpuan kepada Selangor kerana negeri ini merupakan penyumbang ekonomi terbesar kepada negara.
Demikianlah Artikel Azmin jamin reformasi terus 'bernyala' walaupun Dr Mahathir jadi PM
Sekianlah artikel Azmin jamin reformasi terus 'bernyala' walaupun Dr Mahathir jadi PM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Azmin jamin reformasi terus 'bernyala' walaupun Dr Mahathir jadi PM dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/01/azmin-jamin-reformasi-terus-bernyala.html