Judul : Azmin: Kejayaan Selangor jadi batu loncatan tawan Putrajaya
link : Azmin: Kejayaan Selangor jadi batu loncatan tawan Putrajaya
Azmin: Kejayaan Selangor jadi batu loncatan tawan Putrajaya
Menteri besar Selangor itu berkata, kerajaan negeri pimpinannya menjadi penyumbang terbesar kepada KDNK negara dan memberi banyak manfaat kepada rakyat walaupun hanya membelanjakan RM3 bilion.
SHAH ALAM: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, kejayaan pembangkang menerajui Selangor selama 2 penggal boleh menjadi batu loncatan kepada Pakatan Harapan (PH) untuk menawan Putrajaya.
Menteri besar Selangor itu berkata, kerajaan negeri pimpinannya turut bersyukur menjadi penyumbang terbesar kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) buat negara.
“Keyakinan baru di Selangor boleh jadi batu loncatan ke Putrajaya.
“Walaupun kita hanya berbelanja RM3 bilion berbanding kerajaan (pusat) RM280 bilion, tetapi kita dapat memberi banyak manfaat pada rakyat Selangor melalui program kita jalankan,” katanya ketika berucap pada Konvensyen PH 2018 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) hari ini.
Jabatan Perangkaan dalam laporan yang dikeluarkan 6 September lalu menunjukkan Selangor ialah penyumbang terbesar kepada KDNK negara pada 2016 dengan 22.7%, diikuti Kuala Lumpur (15.3%), Sarawak (9.8%), Johor (9.4%), Pulau Pinang (6.7%) dan Sabah (6.7%).
Azmin berkata, negara demokrasi ialah sebuah negara yang mementingkan rakyatnya.
“Hak rakyat dikembalikan kepada rakyat.
“Kita perlu perkukuhkan perpaduan dan sedia perang sehingga kemenangan dalam PH.”
Demikianlah Artikel Azmin: Kejayaan Selangor jadi batu loncatan tawan Putrajaya
Sekianlah artikel Azmin: Kejayaan Selangor jadi batu loncatan tawan Putrajaya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Azmin: Kejayaan Selangor jadi batu loncatan tawan Putrajaya dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/01/azmin-kejayaan-selangor-jadi-batu.html