Judul : Biarkan mereka bersuara, masih ada peluang AMANAH raih kerusi di peringkat negeri
link : Biarkan mereka bersuara, masih ada peluang AMANAH raih kerusi di peringkat negeri
Biarkan mereka bersuara, masih ada peluang AMANAH raih kerusi di peringkat negeri
AMANAH tidak menghalang para pemimpin dan ahlinya menyuarakan ketidakpuasan hati berhubung pembahagian kerusi parlimen di kalangan parti-parti Pakatan Harapan (PH) kerana menganggapnya sebagai amalan biasa dalam demokrasi.
“Itu hak mereka untuk bersuara,” kata timbalan presiden AMANAH Salahuddin Ayub ketika dihubungi.
Salahuddin menambah, fokus utama parti adalah untuk memenangi pilihan raya umum (PRU) dan menubuhkan kerajaan di peringkat persekutuan bersama Pakatan Harapan dan soal pembahagian kerusi parlimen sudah pun diputuskan.
Menurutnya, kini terpulang kepada pemimpin AMANAH negeri untuk memuktamadkan rundingan bagi kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan mereka boleh menuntut bilangan kerusi yang munasabah di peringkat negeri.Salahuddin mengulas rasa tidak puas hati para pemimpin AMANAH Johor, Perak dan Wilayah Persekutuan terhadap pembahagian kerusi parlimen di kalangan parti-parti komponen PH di Semenanjung apabila parti itu hanya diberikan 27 kerusi.
Bersatu akan bertanding di 52 kerusi parlimen, PKR (51) dan DAP (35).
Beliau yang juga naib presiden PH bagaimanapun yakin isu ini akan reda dan para pemimpin AMANAH akan berlapang dada menerima keputusan itu.
“Apatah lagi, pengerusi PH Tun Mahathir Mohamad sendiri mengakui sikap toleransi kita yang tinggi telah menjayakan rundingan kerusi di kalangan parti-parti PH,” ujar beliau.
Dalam perkembangan berkaitan, para pemimpin AMANAH menyambut baik keputusan pembahagian kerusi PH.
Presiden AMANAH, Mohamad Sabu ketika ditemui seusai Konvensyen PH semalam yakin parti itu akan memenangi kesemua 27 kerusi Parlimen yang diperuntukkan pada PRU akan datang.
“InsyaAllah, kita akan menang semua (kerusi),” jawabnya ringkas sejurus turun dari pentas utama selepas selesai sidang media.
Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad pula memberitahu parti berusia dua tahun itu berjaya memperoleh kerusi Parlimen yang sebelum ini dituntut.
“Kita dapat kebanyakan kerusi (Parlimen) yang kita mahu. Dan kerusi yang AMANAH dapat adalah kerusi yang berpotensi tinggi boleh menang,” katanya.
Ketika berucap pada konvensyen PH semalam, Tun Mahathir memuji AMANAH kerana menjayakan rundingan kerusi PH.
Demikianlah Artikel Biarkan mereka bersuara, masih ada peluang AMANAH raih kerusi di peringkat negeri
Sekianlah artikel Biarkan mereka bersuara, masih ada peluang AMANAH raih kerusi di peringkat negeri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Biarkan mereka bersuara, masih ada peluang AMANAH raih kerusi di peringkat negeri dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/01/biarkan-mereka-bersuara-masih-ada.html