Judul : Empat beradik positif syabu ditahan AADK
link : Empat beradik positif syabu ditahan AADK
Empat beradik positif syabu ditahan AADK
ANTARAPOSKANGAR: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Perlis menahan 16 lelaki termasuk empat beradik setelah mereka didapati positif dadah dalam serbuan di beberapa kawasan di Kangar Isnin lepas.
Dalam kenyataannya di Kangar hari ini, AADK Perlis berkata mereka yang berumur 17 hingga 50 tahun terbabit didapati positif dadah jenis morfin dan metamfetamina.
"Empat beradik itu tinggal bersama ibu mereka yang merupakan ibu tunggal di Kampung Syed Omar di Bintong. Serbuan dijalankan di rumah mereka hasil daripada risikan dijalankan oleh pihak AADK Perlis.
"Selain mereka, tiga lagi adik-beradik mereka (perempuan) turut didapati positif dadah namun pihak AADK tidak menahan mereka kerana pernah ditahan pada Oktober tahun lepas dan AADK masih menunggu keputusan ujian urin daripada hospital untuk tindakan lanjut," katanya.
Kesemua mereka dibawa ke pejabat AADK dan telah diambil tindakan di bawah Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983 pindaan 1998.
Bagi orang ramai yang mempunyai maklumat dan ingin mengajukan aduan mengenai gejala penyalahgunaan dadah, boleh terus ke Pejabat AADK Perlis atau hubungi talian 04-9764603.
Demikianlah Artikel Empat beradik positif syabu ditahan AADK
Sekianlah artikel Empat beradik positif syabu ditahan AADK kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Empat beradik positif syabu ditahan AADK dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/01/empat-beradik-positif-syabu-ditahan-aadk.html