Judul : Isu pekerjaan, rumah mampu milik antara tumpuan pengundi Temerloh
link : Isu pekerjaan, rumah mampu milik antara tumpuan pengundi Temerloh
Isu pekerjaan, rumah mampu milik antara tumpuan pengundi Temerloh
AKMAl HAZIQ Foto WAN ZAHARI WAN SALLEHKetua AMANAH Temerloh, Ahmad Tarmizi Ismail (gambar atas) berkata, isu pekerjaan dan rumah mampu milik merupakan dua isu yang bakal menjadi tumpuan pengundi di kawasan parlimen itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) selain isu utama iaitu GST.
Menurut beliau, dalam keadaan ekonomi Malaysia seperti sekarang ini, banyak industri dan perniagaan di sini telah menghentikan operasi mereka dan tutup kedai.
Ekoran itu katanya, mereka yang sebelum ini terbabit dengan industri serta perniagaan tersebut telah hilang pekerjaan dan ia tidak dapat diganti dengan pekerjaan baharu akibat ketiadaan sumber pekerjaan baharu.
Sebagai contoh kata beliau, beberapa kilang di Taman Industri Mentakab telah menghentikan operasinya seperi kilang kertas (MNI Sdn Bhd) yang memberikan pekerjaan kepada ramai warga tempatan sebelum ini.
Ketiadaan sumber pekerjaan antara lain disebabkan Temerloh bukanlah satu bandar tumpuan yang didatangi pihak luar sekali gus dapat menyediakan sumber pekerjaan baharu buat warga tempatan.
Beberapa pihak katanya telah lama menyuarakan supaya didirikan pusat pengajian tinggi di Temerloh seperti di Jengka dan Raub supaya ia boleh menyumbang ke arah menjadikan daerah tersebut ‘hidup’ dan dikunjungi ramai.
Malangnya sambung beliau, syor dan cadangan tersebut tidak diberi perhatian.
Soal perumahan pula katanya, tidak dinafikan bahawa kerajaan telah membina banyak rumah di daerah tersebut tetapi harga yang ditawarkan kepada pembeli adalah di luar keupayaan mereka untuk memiliknya.
Harga rumah di daerah tersebut adalah sama harganya dengan harga rumah di bandar-bandar besar di negara ini seperti di Ipoh dan Kuala Lumpur umpamanya sedangkan pendapatan penduduk tempat tidak setinggi mana, jelas beliau.
Bangunan-bangunan kedai pula katanya mencecah harga yang melampau akibat manipulasi harga pihak pemaju yang tidak dikawal.
Akibatnya, banyak bangunan kedai yang tidak terjual dan tidak diduduki, katanya.
Isu GST
Bagaimanapun kata Tarmizi, isu utama tetaplah GST kerana ia memberikan kesan yang besar kepada rakyat.
Di bandar Temerloh ini kata beliau, banyak perniagaan terpaksa ditutup atau terpaksa beroperasi dalam keadaan nazak akibat GST.
“Peniaga-peniaga yang sudah berusia, yang tidak pandai mengendalikan komputer mengadu, untuk menguruskan perkara berkaitan GST mereka terpaksa menggaji seseorang untuk mengendalikan urusan tersebut sedangkan hasil perniagaan tidak sebanyak mana.
“Ekoran itu ada yang tutup kedai,” katanya.
GST memang mempunyai kesan yang besar terhadap rakyat di sini, dan rakyat di sini, apabila ia melibatkan makan minum mereka, maka ia menjadi suatu hal yang besar.
“Mereka tidak peduli sangat isu seperti 1MDB dan penjualan harta Felda di luar negara, biarpun ia melibatkan wang yang sangat besar mencecah berbilion ringgit.
“Tetapi apabila harga ikan kembung mencecah harga hampir RM20 sekilo dan ikan bilis pula RM50 sekilo, harga minyak yang saban minggu naik harga, mereka mula bersuara,” tambah beliau.
Oleh itu katanya, dalam kempen PRU14 ini nanti, Pakatan Harapan (PH) perlu menjelaskan dengan sempurna kesan GST ini kepada rakyat sekali gus memberitahu rakyat secara jelas juga tentang tawaran PH untuk menghapuskannya sekiranya PH memerintah.
Menurut beliau, dalam keadaan ekonomi Malaysia seperti sekarang ini, banyak industri dan perniagaan di sini telah menghentikan operasi mereka dan tutup kedai.
Ekoran itu katanya, mereka yang sebelum ini terbabit dengan industri serta perniagaan tersebut telah hilang pekerjaan dan ia tidak dapat diganti dengan pekerjaan baharu akibat ketiadaan sumber pekerjaan baharu.
Sebagai contoh kata beliau, beberapa kilang di Taman Industri Mentakab telah menghentikan operasinya seperi kilang kertas (MNI Sdn Bhd) yang memberikan pekerjaan kepada ramai warga tempatan sebelum ini.
Penutupan kilang kertas MNI di Taman Industri Mentakab mengakibatkan ramai warga tempatan kehilangan pekerjaan.
Beberapa pihak katanya telah lama menyuarakan supaya didirikan pusat pengajian tinggi di Temerloh seperti di Jengka dan Raub supaya ia boleh menyumbang ke arah menjadikan daerah tersebut ‘hidup’ dan dikunjungi ramai.
Malangnya sambung beliau, syor dan cadangan tersebut tidak diberi perhatian.
Soal perumahan pula katanya, tidak dinafikan bahawa kerajaan telah membina banyak rumah di daerah tersebut tetapi harga yang ditawarkan kepada pembeli adalah di luar keupayaan mereka untuk memiliknya.
Harga rumah di daerah tersebut adalah sama harganya dengan harga rumah di bandar-bandar besar di negara ini seperti di Ipoh dan Kuala Lumpur umpamanya sedangkan pendapatan penduduk tempat tidak setinggi mana, jelas beliau.
Bangunan-bangunan kedai pula katanya mencecah harga yang melampau akibat manipulasi harga pihak pemaju yang tidak dikawal.
Akibatnya, banyak bangunan kedai yang tidak terjual dan tidak diduduki, katanya.
Isu GST
Bagaimanapun kata Tarmizi, isu utama tetaplah GST kerana ia memberikan kesan yang besar kepada rakyat.
Di bandar Temerloh ini kata beliau, banyak perniagaan terpaksa ditutup atau terpaksa beroperasi dalam keadaan nazak akibat GST.
“Peniaga-peniaga yang sudah berusia, yang tidak pandai mengendalikan komputer mengadu, untuk menguruskan perkara berkaitan GST mereka terpaksa menggaji seseorang untuk mengendalikan urusan tersebut sedangkan hasil perniagaan tidak sebanyak mana.
“Ekoran itu ada yang tutup kedai,” katanya.
GST memang mempunyai kesan yang besar terhadap rakyat di sini, dan rakyat di sini, apabila ia melibatkan makan minum mereka, maka ia menjadi suatu hal yang besar.
“Mereka tidak peduli sangat isu seperti 1MDB dan penjualan harta Felda di luar negara, biarpun ia melibatkan wang yang sangat besar mencecah berbilion ringgit.
“Tetapi apabila harga ikan kembung mencecah harga hampir RM20 sekilo dan ikan bilis pula RM50 sekilo, harga minyak yang saban minggu naik harga, mereka mula bersuara,” tambah beliau.
Oleh itu katanya, dalam kempen PRU14 ini nanti, Pakatan Harapan (PH) perlu menjelaskan dengan sempurna kesan GST ini kepada rakyat sekali gus memberitahu rakyat secara jelas juga tentang tawaran PH untuk menghapuskannya sekiranya PH memerintah.
Demikianlah Artikel Isu pekerjaan, rumah mampu milik antara tumpuan pengundi Temerloh
Sekianlah artikel Isu pekerjaan, rumah mampu milik antara tumpuan pengundi Temerloh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Isu pekerjaan, rumah mampu milik antara tumpuan pengundi Temerloh dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/01/isu-pekerjaan-rumah-mampu-milik-antara.html