Judul : Jangan keluar parti, tapi PRU nanti undi PH, saran Mahfuz pada ahli PAS
link : Jangan keluar parti, tapi PRU nanti undi PH, saran Mahfuz pada ahli PAS
Jangan keluar parti, tapi PRU nanti undi PH, saran Mahfuz pada ahli PAS
ANTARAPOSSHAH ALAM: Tidak perlu keluar parti, tapi pangkah Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti, saran Datuk Mahfuz Omar kepada ahli PAS.
Bekas ahli PAS itu berkata beliau sedar ramai pemimpin dan ahli parti berkenaan mahu bersama PH tetapi takut jika dikaitkan dengan parti serpihan PAS, iaitu Amanah.
"Saya faham, keberanian itu tak sama antara seorang dengan yang lain.
"Jadi saya bawa mesej ahli PAS tidak perlu keluar tetapi bagi undi kepada PH kerana PAS tak sedia ambil alih kerajaan apabila mereka mahu menang 40 kerusi sahaja," katanya.
Mahfuz sendiri memberitahu dirinya mengambil masa untuk keluar daripada PAS berikutan mahu memujuk parti itu menyertai PH. Namun beliau gagal berbuat demikian dan akhirnya mengambil keputusan keluar daripada PAS menjelang tahun baru, 2018.
Mahfuz bagaimanapun tidak mengulas keputusan untuk keluar PAS dibuat agak lambat disebabkan dirinya terikat dengan lafaz bai'ah dengan bekas parti anutannya.
PAS sebelum ini menyarankan wakil rakyatnya melafazkan bai'ah iaitu janji untuk mematuhi amanah dan memikul tanggungjawab agar tidak sewenang-wenangnya memungkiri janji kepada parti dan pengundi yang memberi mandat.
Mahfuz dalam pada itu berkata pada mulanya beliau melihat ada kemungkinan PAS menyertai PH, namun parti itu enggan ada kaitan dengan Amanah dan DAP.
"Saya lihat PAS ada keinginan untuk bersatu tetapi cuma tidak sedia bersama Amanah dan DAP. Malah dengan PKR dan Bersatu (PPBM) sering ada program sepentas yang dianjurkan oleh PAS.
"Bersatu (PPBM) adalah gelombang baru. Ramai pemimpin PAS ingin bersama.
"Tetapi nampaknya ia disekat oleh pemikiran yang keras dalam parti itu yang tak mahu mencari persamaman tetapi mencari perbezaan, lalu dihamburkan dalam media," katanya.
Demikianlah Artikel Jangan keluar parti, tapi PRU nanti undi PH, saran Mahfuz pada ahli PAS
Sekianlah artikel Jangan keluar parti, tapi PRU nanti undi PH, saran Mahfuz pada ahli PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Jangan keluar parti, tapi PRU nanti undi PH, saran Mahfuz pada ahli PAS dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/01/jangan-keluar-parti-tapi-pru-nanti-undi.html