Judul : Jumlah mangsa banjir Pahang menurun
link : Jumlah mangsa banjir Pahang menurun
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun
ANTARAPOSKUANTAN: Jumlah mangsa banjir di Pahang mencatatkan penurunan pada pagi ini susulan keadaan cuaca yang baik sejak semalam.
Setakat jam 9.00 pagi tadi, jumlah mangsa yang dicatatkan adalah 1,438 orang daripada 367 keluarga berbanding 1,532 mangsa daripada 396 keluarga, malam tadi.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang, Kolonel (PA) Zainal Yusoff, berkata semua mangsa ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) di Pekan dan Rompin.
"Pekan kekal daerah paling ramai mangsa iaitu 1,21 orang daripada 307 keluarga yang ditempatkan di 10 PPS.
"PPS berkenaan adalah SK Sinar Mutiara yang menempatkan seramai 375 mangsa daripada 94 keluarga; SK Permatang Keledang (375 mangsa, 94 keluarga); SMK Peramu Jaya (83 orang, 26 keluarga); SK Temai (93 orang, 24 keluarga) dan Pusat Pemindahan Pulau Manis (75 orang, 22 keluarga).
"Selain itu, SK Merchong Jaya membabitkan 86 mangsa daripada 16 keluarga; Pusat Pemindahan Kampung Lamir (55 orang, lapan keluarga); SK Sri Biram (69 orang, 20 keluarga); Dewan Serbaguna
Tanjung Pulai (39 orang, 14 keluarga) dan SK Acheh (sembilan orang, dua keluarga)," katanya dipetik Berita Harian.
Zainal berkata, jumlah mangsa di Rompin turun iaitu 227 mangsa daripada 60 keluarga ditempatkan di tiga PSS iaitu di Balai Raya Setajam yang menempatkan 127 orang daripada 33 keluarga; SK Tekek (63 orang, 15 keluarga) dan Dewan Serbaguna Desa Wawasan Kampung Pianggu (37 mangsa, 12 keluarga).
Sementara itu, berdasarkan laman web infobanjir.water.gov.my sehingga jam 9, bacaan paras air di dua sungai di negeri ini melepasi tahap bahaya atau merah yang boleh menyebabkan kawasan sekitar dinaiki air.
Dua sungai berkenaan adalah Sungai Pahang di Paloh Hinai, Pekan dengan bacaan 10.42 meter dan Kuala Sungai Chini, 14.99 meter.
Demikianlah Artikel Jumlah mangsa banjir Pahang menurun
Sekianlah artikel Jumlah mangsa banjir Pahang menurun kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Jumlah mangsa banjir Pahang menurun dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/01/jumlah-mangsa-banjir-pahang-menurun.html