Kecewa agihan kerusi, Hatta nafi letak jawatan pengerusi Amanah WP

Kecewa agihan kerusi, Hatta nafi letak jawatan pengerusi Amanah WP - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kecewa agihan kerusi, Hatta nafi letak jawatan pengerusi Amanah WP, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kecewa agihan kerusi, Hatta nafi letak jawatan pengerusi Amanah WP
link : Kecewa agihan kerusi, Hatta nafi letak jawatan pengerusi Amanah WP

Baca juga


Kecewa agihan kerusi, Hatta nafi letak jawatan pengerusi Amanah WP

DETIK DAILY



PETALING JAYA: Dr Hatta Ramli tampil menafikan dakwaan beliau meletak jawatan pengerusi Amanah Wilayah Persekutuan selepas kecewa kerana partinya tidak diberi kerusi di Kuala Lumpur.

Hatta berkata beliau masih menggalas jawatan itu dan memaklumkan tidak timbul isu tidak berpuas hati dengan hasil rundingan pembahagian kerusi antara komponen Pakatan Harapan (PH) menuju pilihan raya umum tidak lama lagi.

Beliau juga enggan mengulas dakwaan itu, yang dibuat oleh rakan sejawat, Pengerusi Amanah Johor Aminolhuda Hassan.

“Tidak ada. Saya masih kekal jawatan pengerusi Amanah Wilayah Persekutuan,” katanya

Desas-desus mengenai peletakan jawatan Hatta itu dilaporkan Astro Awani semalam, memetik sumber dalaman parti yang memberitahu beliau melepaskan jawatan ketika rundingan akhir pembahagian kerusi pada Sabtu.

Beliau dikatakan bertindak demikian selepas Amanah tidak diberi kerusi Parlimen Titiwangsa, yang kini disandang Datuk Johari Abdul Ghani dari BN.


Kerusi itu pernah dimenangi calon PAS, Dr Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali pada 2008 dengan majoriti tipis 1,972 undi. BN merampas kerusi itu pada PRU13 dengan majoriti lebih kecil 866 undi.

Pengerusi Amanah Johor Aminolhuda hari ini ketika dihubungi FMT turut mendakwa Hatta meletakkan jawatan itu, ketika menjelaskan ketidakpuasan hati Amanah negeri kepada hasil rundingan pembahagian kerusi.

“Kita korbankan satu-satunya kerusi Parlimen yang ada di Wilayah Persekutuan untuk PPBM walaupun PKR ada lebih daripada 1 kerusi Parlimen di sana.

“Dr Hatta Ramli meletakkan jawatan sebagai pengerusi Amanah Kuala Lumpur kerana mengambil tanggungjawab atas kegagalannya memperoleh walaupun 1 kerusi.

“Di Johor, DAP ambil alih Parlimen Ayer Hitam daripada Amanah hanya kerana DAP perlu bertanding 1 kerusi lebih daripda julah kerusi yang akan ditandingi MCA. Akhirnya Amanah hanya bertanding 2 kerusi di Johor. Pulai dan kerusi suram, Parit Sulong,” katanya.

Semalam, Ketua Setiausaha Sekretariat PH Datuk Saifuddin Abdullah mengumumkan Amanah diberi 27 kerusi, berbanding PPBM 52 kerusi, PKR 51 kerusi dan DAP 35 kerusi.



Demikianlah Artikel Kecewa agihan kerusi, Hatta nafi letak jawatan pengerusi Amanah WP

Sekianlah artikel Kecewa agihan kerusi, Hatta nafi letak jawatan pengerusi Amanah WP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kecewa agihan kerusi, Hatta nafi letak jawatan pengerusi Amanah WP dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/01/kecewa-agihan-kerusi-hatta-nafi-letak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :