Judul : Kes bunuh penghuni Darul Ittifaqiyah dipindah ke Mahkamah Tinggi
link : Kes bunuh penghuni Darul Ittifaqiyah dipindah ke Mahkamah Tinggi
Kes bunuh penghuni Darul Ittifaqiyah dipindah ke Mahkamah Tinggi
Mereka dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret hari ini memindahkan kes 2 remaja 16 tahun yang didakwa membunuh 21 orang pelajar dan 2 guru Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah, September lalu ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan.
Majistret Siti Radziah Kamarudin memutuskan demikian semasa sebutan kes itu di Mahkamah Majistret selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Nordin Ismail dan Nurakmal Farhan Aziz untuk memindahkan kes itu mengikut Seksyen 177A Kanun Acara Jenayah.
Bagaimanapun tarikh sebutan kes itu di Mahkamah Tinggi belum ditetapkan.
Dua remaja lelaki itu didakwa bersama-sama membunuh dan menyebabkan kematian 23 mangsa antara 4.15 pagi dan 6.45 pagi, pada 14 September 2017, di Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat.
Mereka yang diwakili peguam Haijan Omar dan Joanne Chua dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Sementara itu, di Mahkamah Majistret Kanak-kanak, seorang daripada 2 tertuduh itu yang didakwa memasukkan dadah jenis ganja ke dalam badan, dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan itu oleh Majistret Zilfinaz Abbas.
Remaja lelaki itu dituduh memasukkan dadah jenis ganja ke dalam badan di tandas pejabat D7, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) pada jam 11.35 pagi, 16 September 2017.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.15 pagi, 14 September 2017, seramai 23 penghuni maut selepas terperangkap di tingkat 3 asrama pusat tahfiz berkenaan terbakar.
Demikianlah Artikel Kes bunuh penghuni Darul Ittifaqiyah dipindah ke Mahkamah Tinggi
Sekianlah artikel Kes bunuh penghuni Darul Ittifaqiyah dipindah ke Mahkamah Tinggi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kes bunuh penghuni Darul Ittifaqiyah dipindah ke Mahkamah Tinggi dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/01/kes-bunuh-penghuni-darul-ittifaqiyah.html