KKM sentiasa pantau ubat tidak berdaftar

KKM sentiasa pantau ubat tidak berdaftar - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KKM sentiasa pantau ubat tidak berdaftar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KKM sentiasa pantau ubat tidak berdaftar
link : KKM sentiasa pantau ubat tidak berdaftar

Baca juga


KKM sentiasa pantau ubat tidak berdaftar

THE MALAYSIAN TIMES
 


JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa memantau penjualan ubat-ubatan yang tidak berdaftar di negara ini, termasuk yang dijual secara dalam talian.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi KKM Dr Salmah Bahri berkata pemantauan dilakukan melalui pelbagai medium laman sosial, selain bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Beliau berkata sebuah unit digital forensik juga telah ditubuhkan sejak 2013 bagi tujuan sama.

“Hasil dapatan, ubat seperti ubat kecantikan dan ubat kuat yang diambil dari luar negara termasuk China dan India, bagaimanapun masih lagi berada dalam keadaan terkawal.

“Pun begitu, pengguna dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dan perlu mendapatkan nasihat pakar sebelum mengambil sebarang ubat itu,” katanya selepas merasmikan Majlis Perasmian Pusat Pembekalan Ubat Susulan Setempat (PPUSS) Persiaran Tanjung, Tampoi di sini, hari ini.

Dr. Salmah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan penjualan ubat tidak berdaftar.

Mengenai perasmian pusat itu, beliau berkata ia telah beroperasi sejak Jun tahun lepas bagi membantu meningkatkan kebolehcapaian pesakit kepada bekalan ubat susulan mereka.

Katanya selain dilengkapi kemudahan farmasi pandu lalu, ia juga mempunyai perkhidmatan farmasi dan pembekalan ubat susulan.

Selain itu, ia juga berperanan sebagai tempat kutipan lesen atau pun permit racun yang dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri.

Setakat ini, perkhidmatan tersebut telah dimanfaatkan oleh lebih daripada 1,000 pesakit.– Bernama



Demikianlah Artikel KKM sentiasa pantau ubat tidak berdaftar

Sekianlah artikel KKM sentiasa pantau ubat tidak berdaftar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KKM sentiasa pantau ubat tidak berdaftar dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/01/kkm-sentiasa-pantau-ubat-tidak-berdaftar.html

Subscribe to receive free email updates: