Menang di Ayer Hitam bermakna menang 10 lagi untuk PH di Johor, kata Liew

Menang di Ayer Hitam bermakna menang 10 lagi untuk PH di Johor, kata Liew - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Menang di Ayer Hitam bermakna menang 10 lagi untuk PH di Johor, kata Liew, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Menang di Ayer Hitam bermakna menang 10 lagi untuk PH di Johor, kata Liew
link : Menang di Ayer Hitam bermakna menang 10 lagi untuk PH di Johor, kata Liew

Baca juga


Menang di Ayer Hitam bermakna menang 10 lagi untuk PH di Johor, kata Liew




SEKIRANYA Pakatan Harapan memang kerusi Parlimen di Ayer Hitam, ia akan memenangi 10 lagi kerusi Parlimen di Johor, kata Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong.

Walaupun sedia maklum ia merupakan kubu kuat MCA dan Barisan Nasional, Liew berkata Ayer Hitam tidak pernah disenaraikan pembangkang sebagai kawasan kerusi sasaran.

Namun katanya kerusi itu bukan tidak boleh ditembusi.

"Sebelum ini, Ayer Hitam tidak pernah diletakkan sebagai kerusi sasaran. Tetapi kali ini kita meletakkan kerusi Air Hitam kerana jika kita boleh menang, kita pasti akan menangi 10 lagi kerusi Parlimen di Johor," kata Liew pada pelancaran pusat mengundi PH Ayer Hitam hari ini.

PH kini mempunyai lima kerusi di Johor – Pagoh, Kluang, Kulai, Gelang Patah dan Bakri.

Dalam skema yang lebih besar, Ayer Hitam adalah antara kerusi yang dipegang oleh MCA yang PH mensasarkan serangan untuk meruntuhkan parti kedua terbesar di Barisan Nasional.

Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata PH perlukan perubahan 15 % pengundi Melayu dan 10% pengundi bukan Melayu untuk memenangi kerusi Ayer Hitam.

Mengakui DAP akan menjadi underdog dalam pertandingan di Ayer Hitam, Lim memberi amaran BN/MCA akan menjadi "lebih angkuh bila fikir jika diletakkan botol kicap sebagai calon, ia akan tetap dipilih pengundi berbanding calon Amanah atau DAP."

"BN perlu diingatkan bahawa mereka memenangi majoriti hampir separuh daripada 13,909 pengundi pada PRU 2008 kepada 7,310 pada PRU 2013. Dan kerusi Yong Peng di Ayer Hitam, yang hanya dimenangi BN dengan majoriti undi 2.493 pada PRU 2008 dimenangi DAP pada PRU 2013 dengan majoriti 2,475 undi.

"Oleh itu, walaupun sukar untuk PH merampas kerusi itu daripada MCA, ia tidak mustahil," kata Ahli Parlimen Gelang Patah itu.

Walaupun kerusi itu berikan kepada DAP pada pengagihan kerusi PH, kerusi berkenaan dijangka akan diisi oleh calon Amanah.

Antara nama yang disebut-sebut bagi kerusi Ayer Hitam ialah Ahli Parlimen Kubang Kerian Dr Hatta Ramli dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, yang merupakan anak jati Johor.

Walaupun Wee memenangi kerusi itu dengan selesa pada 2013 menentang calon PAS, Hu Pang Chaw, menteri di Jabatan Perdana Menteri itu turut menyaksikan penurunan daripada 13,909 pengundi (PRU12) kepada 7,310.

Kerusi itu terdiri daripada 56% Melayu, 38% Cina dan 4% India.

Pelancaran itu turut dihadiri Ketua Amanah Negeri yang juga Adun Parit Yaani Amirul Huda Hassan, ketua penerangan PKR Johor Syed Ibrahim Syed Noh, naib pengerusi DAP kebangsaan Gobind Singh Deo dan Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming



Demikianlah Artikel Menang di Ayer Hitam bermakna menang 10 lagi untuk PH di Johor, kata Liew

Sekianlah artikel Menang di Ayer Hitam bermakna menang 10 lagi untuk PH di Johor, kata Liew kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Menang di Ayer Hitam bermakna menang 10 lagi untuk PH di Johor, kata Liew dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/01/menang-di-ayer-hitam-bermakna-menang-10.html

Subscribe to receive free email updates: