Judul : PAS sasar menang majoriti mudah PRU14 - Hadi
link : PAS sasar menang majoriti mudah PRU14 - Hadi
PAS sasar menang majoriti mudah PRU14 - Hadi
Oleh Ainor Rahim
SHAH ALAM: PAS tidak mahu lagi dilabel sebagai pembangkang yang lemah, sebaliknya parti itu mahu menjadi kuasa penentu dalam membentuk kerajaan sendiri atau menyertai pembentukan kerajaan baru.
Justeru menurut Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, PAS mensasarkan untuk menang majoriti mudah, selain turut mengesahkan parti itu akan bertanding di 130 kerusi Parlimen seluruh negara.
"Kemungkinan 130. Sekurang kurangnya majoriti mudah.
"PAS mahu membentuk kerajaan atau menyertai membentuk kerajaan. Bukan lagi sebagai pembangkang yang lemah," katanya dalam sidang media sempena Fastaqim 2.4 negeri Selangor di Stadium JKR Seksyen 17, hari ini.
Selepas memutuskan tidak bersekutu mana-mana gagasan pembangkang termasuk Pakatan Harapan (PH), PAS sebelum ini berkali-kali menyatakan bakal bertanding tidak kurang dari 130 kerusi parlimen.
Termasuk, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang berkata bakinya bakal diisi parti rakan dalam gabungan Gagasan Sejahtera yang disertai Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa).
Angka 130 kerusi, jumlah yang disifatkan bersejarah berbanding pada PRU13 hanya bertanding 73 kerusi dan memperoleh kemenangan 21 kerusi.
Manakala, 6 kerusi parti itu kini digalas anggota parlimen Amanah.
Dalam pada itu, Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang juga membayangkan keterbukaan parti berteras Islam itu bekerjasama dengan mana-mana parti berbentuk kerajaan campuran di Selangor, selepas PRU14 nanti.
Beliau bagaimanapun tidak menamakan secara jelas mana-mana parti.
"Sepatutnya kita perlu berbeza antara parti politik dengan kerajaan. Sudah pilihanraya boleh jadi kerajaan campuran diwakili rakyat, bukan lagi parti politik. Itu mesti dipisahkan. Bila berlaku sentimen politik dalam memerintah, itu satu pendekatan yang salah. Selepas kita mesti menganggap semua rakyat kita sama ada yang menyokong kita. Rakyat kita semua.
"Itu patutnya pendekatan yang kita perlu ambil. Tidak ada diskriminasi tidak ada pilihan parti.
"Saya dah jawab itu. Itu satu soalan andaian. Kerana berkemungkinan mungkin berlaku. Boleh jadi PAS sendiri, boleh jadi campuran dan boleh jadi semua," ujarnya.
Untuk rekod, PAS pernah berada dalam kerajaan campuran bersama Barisan Nasional (BN) dan telah melakukan perubahan dalam pentadbiran, antaranya menghapuskan iklan arak di media perdana selain mengaktifkan Yadim.
Namun, jodoh PAS tidak berpanjangan bersama BN, sebelum keluar pada tahun 1977.
Demikianlah Artikel PAS sasar menang majoriti mudah PRU14 - Hadi
Sekianlah artikel PAS sasar menang majoriti mudah PRU14 - Hadi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PAS sasar menang majoriti mudah PRU14 - Hadi dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/01/pas-sasar-menang-majoriti-mudah-pru14.html