Judul : Pelajar Malaysia pakai kostum Spiderman maut terjatuh disyaki ketika swafoto
link : Pelajar Malaysia pakai kostum Spiderman maut terjatuh disyaki ketika swafoto
Pelajar Malaysia pakai kostum Spiderman maut terjatuh disyaki ketika swafoto
ANTARAPOSTAIPEI: Seorang pelajar lelaki Malaysia di Universiti Da Yeh dalam Wilayah Changhua ditemui mati pada malam Rabu di luar asrama lelaki dengan berpakaian kostum ”Spiderman”.
Agensi berita Taiwan, Central News Agency (CNA) melaporkan, mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat 5 bangunan asrama itu.
Menurut polis, seorang pelajar yang melewati bangunan tersebut menemui pelajar Malaysia berkenaan dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri di lantai simen sebelum memaklumkan perkara itu kepada pihak universiti dan polis.
Mangsa yang menggunakan nama keluarga Lee, bagaimanapun sudah meninggal dunia ketika anggota polis tiba di tempat kejadian.
Polis mengesyaki Lee berada di balkoni berswafoto ketika terjatuh lalu mati selepas mereka menemui telefon bimbitnya di balkoni tingkat 5, dan seorang daripada rakan sekelas mangsa yang disoal siasat turut memaklumkan bahawa Lee sebelum itu berkata dia ingin mengambil gambar.
Menurut Ketua Unit Penyiasatan di Precinct Yuanlin, Jabatan Polis Wilayah Changhua, Chan Ting-yu, pihaknya belum dapat menentukan punca kematian mangsa kerana tiada saksi yang melihat kejadian itu.
Universiti Da-Yeh telah menghubungi keluarga Lee di Malaysia dan akan menguruskan perjalanan mereka ke Taiwan.
Demikianlah Artikel Pelajar Malaysia pakai kostum Spiderman maut terjatuh disyaki ketika swafoto
Sekianlah artikel Pelajar Malaysia pakai kostum Spiderman maut terjatuh disyaki ketika swafoto kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pelajar Malaysia pakai kostum Spiderman maut terjatuh disyaki ketika swafoto dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/01/pelajar-malaysia-pakai-kostum-spiderman.html