Judul : Roboh tol: PLUS sedang pilih kontraktor
link : Roboh tol: PLUS sedang pilih kontraktor
Roboh tol: PLUS sedang pilih kontraktor
ANTARAPOSSHAH ALAM: PLUS sedang dalam proses memuktamadkan pemilihan kontraktor berkelayakan bagi pelaksanaan kerja-kerja perobohan dua plaza tol di Shah Alam, sejak tender dibuka pada bulan lalu, kata Pengarah Urusannya, Datuk Azman Ismail.
Kenyataan beliau itu susulan arahan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof supaya PLUS segera merobohkan pondok tol di Plaza Tol Batu Tiga dan Plaza Tol Sungai Rasau di Shah Alam, bagi menjamin keselamatan pengguna Lebuhraya Persekutuan.
“Setelah kontraktor dilantik, kerja-kerja merobohkan struktur fizikal kedua-dua plaza tol itu akan dimulakan selepas Tahun Baharu Cina bulan depan dan berdasarkan jadual, proses perobohan dijangka selesai pada hujung Mac.
“Ini berikutan kerja-kerja tersebut perlu dilakukan secara berperingkat memandangkan ia dilaksanakan dalam persekitaran lalu lintas yang sentiasa bergerak,” katanya.
Ujarnya, kerja-kerja awalan seperti pemindahan peralatan tol, papan tanda serta aset lain akan dilakukan terlebih dahulu sebelum perobohan struktur fizikal bermula.
PLUS juga ujarnya tidak akan berkompromi terhadap aspek keselamatan sepanjang kerja-kerja perobohan dijalankan dan semua pengguna lebuh raya terlibat dinasihatkan supaya memperlahankan kenderaan sewaktu melalui kawasan berkenaan.
Mereka juga diminta mematuhi semua papan tanda keselamatan serta berhati-hati semasa melalui kedua-dua plaza tol tersebut.
Semalam, Fadillah meminta PLUS supaya segera merobohkan dua pondok tol berkenaan yang dimansuhkan kutipannya sejak 1 Januari lalu.
Ia berikutan terdapat aduan bahawa ramai pemandu kenderaan memperlahankan kenderaan secara tiba-tiba apabila tiba di pondok tol berkenaan kerana laluannya yang sempit.
Beberapa hari lalu, dua sahabat maut apabila kereta yang dinaiki mereka bersama seorang lagi rakan hilang kawalan, lalu merempuh pondok tol Batu Tiga Shah Alam.
Demikianlah Artikel Roboh tol: PLUS sedang pilih kontraktor
Sekianlah artikel Roboh tol: PLUS sedang pilih kontraktor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Roboh tol: PLUS sedang pilih kontraktor dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/01/roboh-tol-plus-sedang-pilih-kontraktor.html