Judul : Salleh Keruak: Henti politikkan siaran EPL di RTM
link : Salleh Keruak: Henti politikkan siaran EPL di RTM
Salleh Keruak: Henti politikkan siaran EPL di RTM
Menteri berkata lebih baik wang pembayar cukai disalurkan untuk perkara yang lebih bermanfaat.
PUTRAJAYA: Membelanjarkan jutaan ringgit wang pembayar cukai untuk menyiarkan Liga Premier Inggeris (EPL) secara langsung di RTM bukan langkah bijak, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak hari ini.
Mengulas janji Pemuda Pakatan Harapan (PH) bahawa mereka akan memberikan hak penyiaran perlawanan bola sepak asing kepada RTM kalau mereka yang memerintah, Salleh berkata wang itu sebaliknya boleh digunakan untuk mencipta pekerjaan atau perkara lain yang memberi manfaat kepada rakyat.
“RTM dijalankan oleh kerajaan untuk rakyat.
“Kita akan pastikan wang itu digunakan untuk memberi manfaat kepada semua orang,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Malaysia Cyber Games 2018 hari ini.
Pemuda PH di konvensyen gabungan semalam menjanjikan siaran langsung perlawanan bola sepak antarabangsa, termasuk EPL, jika PH menang pilihan raya umum akan datang.
Salleh berkata EPL juga disiarkan di saluran berbayar Astro dan internet.
“Dunia sudah berubah sekarang. Bukan lagi seperti dulu. Janganlah politikkan isu seperti itu,” katanya.
Beliau berkata PH sepatutnya tumpu pada mencipta pekerjaan untuk belia kerana “itu yang diperlukan”.
“Barangkali mereka tiada idea. Semuanya dipolitikkan.”
Beliau berkata RTM akan terus menyiarkan acara sukan lain dan tidak menyekat penyiar lain daripada menyiarkan perlawanan EPL.
Ditanya sama ada pengundi muda akan menerima janji Pemuda PH, beliau berkata mereka sudah cukup matang dan mahukan kestabilan dan peluang ekonomi.
Demikianlah Artikel Salleh Keruak: Henti politikkan siaran EPL di RTM
Sekianlah artikel Salleh Keruak: Henti politikkan siaran EPL di RTM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Salleh Keruak: Henti politikkan siaran EPL di RTM dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/01/salleh-keruak-henti-politikkan-siaran.html