Judul : Samsung, Apple disiasat dakwaan perlahan fungsi model lama
link : Samsung, Apple disiasat dakwaan perlahan fungsi model lama
Samsung, Apple disiasat dakwaan perlahan fungsi model lama
DETIK DAILYPihak berkuasa anti monopoli Itali telah melancarkan satu siasatan terhadap dua syarikat telekomunikasi gergasi Samsung Electronics Co dari Korea Selatan dan Apple Inc dari Amerika Syarikat (AS) yang disyaki sengaja memperlahankan fungsi telefon pintar model lama bagi mendorong pengguna membeli model baharu, lapor agensi berita Yonhap.
Agensi itu pada Khamis berkata kedua-dua syarikat akan disiasat berhubung amalan komersial yang mungkin tidak adil berikutan aduan oleh pengguna.
Akhbar tempatan melaporkan bahawa kedua-dua syarikat dipercayai telah menggunakan komponen tertentu yang rosak dalam telefon bimbit model lama masing-masing bagi memperlahankan fungsi gajet itu.
Jika perkara itu disahkan, kedua-dua syarikat boleh didenda.
Bulan lepas, Apple telah mengaku bahawa ia menggodek-godek kelajuan beberapa iPhone menerusi pengemaskinian perisian bagi menyelesaikan masalah bateri.
Pengguna di seluruh dunia memfailkan saman terhadap firma Amerika itu.
Samsung pula memaklumkan PhoneArena, sebuah saluran media AS bagi berita IT, bulan lepas bahawa ia tidak memperlahankan telefon dengan bateri lama.
- Bernama
Demikianlah Artikel Samsung, Apple disiasat dakwaan perlahan fungsi model lama
Sekianlah artikel Samsung, Apple disiasat dakwaan perlahan fungsi model lama kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Samsung, Apple disiasat dakwaan perlahan fungsi model lama dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/01/samsung-apple-disiasat-dakwaan-perlahan.html