Seorang maut, kemalangan empat kenderaan

Seorang maut, kemalangan empat kenderaan - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Seorang maut, kemalangan empat kenderaan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Seorang maut, kemalangan empat kenderaan
link : Seorang maut, kemalangan empat kenderaan

Baca juga


Seorang maut, kemalangan empat kenderaan

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SERIAN: Seorang wanita warga emas maut selepas kereta PERODUA Axia yang dinaikinya terbabit dalam kemalangan dengan tiga lagi kenderaan lain di Kilometer 99, Jalan Kuching-Sri Aman, di sini.
 
Mangsa, Inta Emparu, 68, dari Rumah Panjang Lanting Pentek, Skrang, yang cedera di kepala dan leher disahkan meninggal dunia dalam ambulans ketika dalam perjalanan ke Hospital Serian.
 
Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintendan Aswandy Anis, berkata kemalangan pada jam 1.35 tengah hari itu membabitkan PERODUA Axia serta tiga kenderaan lain iaitu Toyota Hilux, Toyota Fortuner dan Mitsubishi Triton.
 
Beliau berkata, hasil siasatan awal, kemalangan itu dipercayai berpunca daripada pemandu Mitsubishi Triton yang datang dari arah Sri Aman gagal memberhentikan kenderaannya lalu merempuh bahagian belakang PERODUA Axia yang berhenti di belakang Toyota Hilux.
 
"Akibat rempuhan itu, kereta PERODUA Axia terperosok di bawah Toyota Hilux.
 
"Selepas itu, Toyota Hilux pula melanggar bahagian belakang Toyota Fortuner milik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarikei yang ketika itu sedang berhenti di kawasan projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo," katanya.
 
Aswandy berkata, lokasi kemalangan adalah di jalan lurus dua hala.
 
"Ketika kemalangan berlaku, terdapat pengawal bendera projek Lebuhraya Pan Borneo sedang bertugas mengawal lalu lintas.
 
"Empat lagi mangsa yang terbabit dalam kemalangan itu iaitu pemandu PERODUA Axia serta pemandu ketiga-tiga kenderaan lain tidak cedera," katanya.
 
Katanya lagi, kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
 
 


Demikianlah Artikel Seorang maut, kemalangan empat kenderaan

Sekianlah artikel Seorang maut, kemalangan empat kenderaan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Seorang maut, kemalangan empat kenderaan dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/01/seorang-maut-kemalangan-empat-kenderaan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :