Judul : Suhakam: Polis tidak arah henti inkuiri kehilangan Pastor Koh
link : Suhakam: Polis tidak arah henti inkuiri kehilangan Pastor Koh
Suhakam: Polis tidak arah henti inkuiri kehilangan Pastor Koh
Pesuruhjaya Mah Weng Kwai berkata inkuiri dihentikan bagi menghormati undang-undang.
KUALA LUMPUR: Polis tidak pernah mengarahkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menghentikan inkuiri ke atas kehilangan Pastor Raymond Koh, kata Pesuruhjaya Suhakam Datuk Mah Weng Kwai.
Bekas hakim Mahkamah Rayuan itu berkata sesetengah laporan media memberi tanggapan seolah-olah polis mengarahkan Suhakam menghentikan siasatan, tetapi itu tidak benar.
“Saya kemukakan pelbagai fakta semalam sebelum kami memutuskan berkenaan siasatan itu susulan satu surat yang diterima bertarikh 15 Januari, 2018 pada 3.00 petang, Isnin, daripada ketua polis negara, yang menyatakan seorang suspek telah didakwa di Mahkamah Majistret di Petaling Jaya pada 15 Januari.
“Surat itu menarik perhatian kami kepada Seksyen 12(3) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 1999 yang mengatakan semasa temph tergantung sesuatu siasatan ke atas pencabulan hak asasi seseorang, jika dakwaan itu menjadi isi sebarang prosiding di mahkamah, suruhanjaya itu hendaklah serta merta menghentikan siasatan.
“Kita telah membuat keputusan untuk menghentikan siasatan kerana menghormati undang-undang,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat Suhakam hari ini.
“Terdapat tanggapan panel telah mematuhi arahan polis, tetapi itu tidak pernah menjadi konteks prosiding.
“Apa yang kami ada hanyalah surat yang memaklumkan penangkapan itu dan pendakwaan orang tersebut bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan.”
Suspek yang dimaksudkan adalah Lam Chang Nam, yang ditahan semula pada 12 Januari dan dituduh di mahkamah di Petaling Jaya pada Isnin kerana menculik.
Lam yang bekerja separuh masa sebagai pemandu Uber, minta dibicarakan pada Mac tahun lepas atas tuduhan memeras anak Koh, Jonathan Koh Szu Hao, sebanyak RM30,000 untuk tujuan membebaskan bapanya.
Mengesahkan kebebasan Suhakam, Mah berkata, “Percayalah, siasatan itu dan ahli panel, kami 100% bebas. Tiada siapa boleh arah apa yang kami lakukan.
“Kami tidak mahu ura-ura yang mengatakan kami seolah-olah pak turut tersebar, iaitu jika polis kata terjun, kami terjun. Janganlah macam itu pada kami.”
Mah bagaimanapun enggan menjawab soalan berkenaan penahanan semula Lam.
“Kami tidak mahu cetuskan sebarang spekulasi berkenaan penahanan itu.
“Saya tahu orang awam mempersoalkan banyak perkara seperti mengapa tangkapan dibuat beberapa hari lalu, pada saat terakhir, dan mengapa ia tidak dilaporkan di mana-mana pun selepas tuduhan itu dilakukan.
“Kami tidak tahu dan kami tidak berspekulasi.
“Polis telah membuat keputusan dan mereka sepatutnya boleh membuktikan kes di mahkamah.”
Sementara itu, Pengerusi Suhakam Tan Sri Razali Ismail berkata suruhanjaya juga masih prihatin tentang kes kehilangan Koh.
“Kami semua prihatin dengan kes-kes kehilangan paksa.
“Kami akan teruskan siasatan bagi 2 lagi kes lain,” katanya merujuk kepada kehilangan aktivis dari Perlis, Amri Che Mat and Pastor Joshua Hilmy dan isterinya Ruth.
Tambah Razali, suruhanjaya itu akan mengikuti perkembangan perbicaraan Lam secara dekat.
Koh, 62, diculik sekumpulan lelaki bertopeng di Jalan SS4B/10, kurang 100 meter dari Kompleks Perumahan Polis di Kelana Jaya pada 13 Feb lalu, semasa beliau memandu sebuah kereta jenis Honda Accord bernombor plat ST 5515 D.
Beliau ketika itu dalam perjalanan ke rumah rakannya di Kelana Jaya. Video insiden itu menunjukkan penculikan dilakukan lebih daripada 10 individu yang tiba dengan 7 buah kenderaan di siang hari.
Sehingga kini, tiada wang tebusan diminta atau komunikasi dengan penculik, memberi gambaran wang bukan motif penculikan itu.
Amri, 44, pengasas bersama persatuan kebajikan Perlis Hope, hilang sejak 24 November lepas.
Isterinya, Norhayati Ariffin berkata, saksi ternampak 5 kenderaan menghalang laluan kereta Amri sebelum beliau dibawa pergi, kira-kira 550m daripada rumah mereka di Bukit Chabang, Perlis.
Manakala Joshua dan Ruth kali terakhir dilihat pada 30 November tahun lepas.
Satu aduan polis dibuat di Klang tetapi kes itu dirujuk kepada polis Petaling Jaya kerana pengadu mengatakan mereka yang hilang tinggal di Kampung Tunku.
Demikianlah Artikel Suhakam: Polis tidak arah henti inkuiri kehilangan Pastor Koh
Sekianlah artikel Suhakam: Polis tidak arah henti inkuiri kehilangan Pastor Koh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Suhakam: Polis tidak arah henti inkuiri kehilangan Pastor Koh dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/01/suhakam-polis-tidak-arah-henti-inkuiri.html