Judul : Tidak perlu pindah ke P. Pinang dapatkan bantuan warga emas, kata Guan Eng
link : Tidak perlu pindah ke P. Pinang dapatkan bantuan warga emas, kata Guan Eng
Tidak perlu pindah ke P. Pinang dapatkan bantuan warga emas, kata Guan Eng
ZAINULFAQAR YAACOB
“Orang Kedah, yang nak dapat RM130 di bawah program warga emas (Program Penghargaan Warga Emas) tidak perlu pindah ke Pulau Pinang, kekal tinggal di Kedah, tapi beri undi untuk ubah Kerajaan Negeri dan Putrajaya.”
Demikian kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng sambil menegaskan bahawa Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang pada hari ini mengotakan janjinya, iaitu menaikkan jumlah sumbangan RM130 setahun kepada penerima Program Warga Emas, berbanding RM100 sebelum ini.
Katanya, sejumlah RM22,652,110 akan disumbangkan kepada 174,247 penerima bagi pembayaran Program Penghargaan Warga Emas Fasa I Tahun 2018.
“Dalam Belanjawan Marhaen 2018, Kerajaan Negeri berjanji untuk menaikkan bayaran ini.
“Kenaikan daripada RM100 kepada RM130 ini ialah sebagai pengiktirafan kejayaan urus tadbir CAT (Cekap, Akauntabel dan Telus) dalam meneruskan ‘dividen anti rasuah’ kepada rakyat Pulau Pinang, khususnya warga emas,” ujarnya yang juga Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) Kebangsaan dalam Majlis Penghargaan Warga Emas Peringkat Kadun Dato’ Keramat di Komtar di sini.
Turut berucap, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo yang juga Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan.
Hadir sama, Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar merangkap Adun Sungai Puyu, Phee Boon Poh serta Pegawai Daerah Timur Laut, Zulkifli Long.
Dalam perkembangan berkaitan, Guan Eng memberitahu bahawa Laporan Ketua Audit Negara Bagi Tahun 2016 merekodkan Pulau Pinang mencatatkan lebihan belanjawan sejumlah RM89.2 juta.
“Ini bermakna, keuntungan secara terkumpul (surplas) sejak 2008 adalah RM667 juta berbanding dengan RM105.7 juta untuk tempoh sembilan tahun yang sama sebelum 2008.
“Jumlah RM667 juta adalah lebih daripada jumlah RM373 juta oleh Kerajaan Negeri lama (era UMNO Barisan Nasional, BN) selama 50 tahun dari 1957 hingga 2007.
“Apabila Kerajaan Negeri hari ini mempunyai sedikit untung (surplas), kita memang nak kongsi sedikit untung ini bersama rakyat Pulau Pinang terutama warga emas yang kita kasihi,” jelasnya.
Sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini, Guan Eng turut merayu pengundi terbanyak untuk menyokong Pakatan Harapan melakukan perubahan di peringkat negeri dan di peringkat Putrajaya.

Demikianlah Artikel Tidak perlu pindah ke P. Pinang dapatkan bantuan warga emas, kata Guan Eng
Sekianlah artikel Tidak perlu pindah ke P. Pinang dapatkan bantuan warga emas, kata Guan Eng kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tidak perlu pindah ke P. Pinang dapatkan bantuan warga emas, kata Guan Eng dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/01/tidak-perlu-pindah-ke-p-pinang-dapatkan.html