Judul : Tun M kritik sikap orang Melayu punca negara tak maju
link : Tun M kritik sikap orang Melayu punca negara tak maju
Tun M kritik sikap orang Melayu punca negara tak maju
ANTARAPOSCYBERJAYA: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik masyarakat Melayu apabila menganggap budaya kaum itu penyebab mereka ketinggalan sekaligus membantut proses kemajuan.
Beliau berkata, kaum Melayu tidak komited, tidak rajin, kadangkala kurang amanah dan sering mencari jalan mudah dalam bidang pekerjaan.
"Saya percaya kebolehan Melayu sama dengan orang Eropah dan orang Jepun tetapi masalahnya adalah budaya.
“Kita suka bila kerja sikit tapi gaji besar. Bukannya sebab kita tidak boleh tapi sebab kita tidak mahu. Ini masalahnya," katanya ketika menjadi ahli panel pada program Bicara Wawasan 2020 di sini hari ini.
Beliau berkata orang Melayu harus mencontohi budaya orang Jepun yang rajin bekerja dan malu dengan mutu kerja yang tidak memuaskan.
"Untuk menjadi negara maju, kita kena bekerja lebih kuat dari negara maju. Kalau kita lari, kita kena lari lebih pantas dari orang lain. Tetapi di Malaysia mempunyai terlalu banyak cuti umum. Menang bola pun cuti," katanya.
Beliau juga memberi contoh satu peristiwa ketika menjadi menteri pelajaran apabila mendapati ada kakitangan yang pulang kerja lebih awal daripada waktu yang sepatutnya.
“Semasa saya jadi menteri pelajaran, saya dapati ada kakitangan yang balik seawal jam 3.00 petang. Saya tanya ketua setiausaha, ‘kenapa kakitangan balik jam 3.00 petang?’. Jawapan yang diberikan adalah untuk elakkan kesesakan trafik.
“Kita seharusya mesti menyampaikan sesuatu perkara itu dengan baik supaya tidak merasa malu, dan dengan itu kita boleh merasa bangga,” katanya.
Demikianlah Artikel Tun M kritik sikap orang Melayu punca negara tak maju
Sekianlah artikel Tun M kritik sikap orang Melayu punca negara tak maju kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tun M kritik sikap orang Melayu punca negara tak maju dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/01/tun-m-kritik-sikap-orang-melayu-punca.html