Judul : Umno tak pernah guna saya untuk hentam 'sebelah sana' - Dira Abu Zahar
link : Umno tak pernah guna saya untuk hentam 'sebelah sana' - Dira Abu Zahar
Umno tak pernah guna saya untuk hentam 'sebelah sana' - Dira Abu Zahar
Oleh Shuhaniza Said
KUALA LUMPUR: 'Umno tidak pernah menunggang populariti saya', kata Pengarah dan pelakon, Dira Abu Zahar yang juga Exco Pergerakan Puteri Umno.
Malah Dira mendedahkan beliau tidak pernah mendapat layanan istimewa ketika bekerja meraih sokongan rakyat terhadap kerajaan.
“Saya rasa parti kerajaan sendiri paling kurang sekali ‘take a ride on celebrity’. Saya sendiri dalam parti tidak dilambung sangat, orang Umno sendiri tak ada guna saya untuk hentam di sebelah sana. Tak ada.
“Mereka hanya datang dan secara peribadi memberitahu bahawa ‘ucapan anda bagus atau sekadar mengatakan keep going on and keep doing it,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Empirical Talk anjuran NGO Empirical Malaysia.
Ujar Dira atau nama sebenarnya Khaidhirah Abu Zahar, adalah tidak salah untuk seseorang artis memberikan pendapat namun mereka perlu menilai tindakan dan kenyataan mereka terlebih dahulu, sama ada ia mewakili suara sendiri ataupun ‘pihak’ lain.
“Jika seseorang ni bercerita tentang sesuatu yang berunsur anti-kerajaan, kita lihat macam mana orang di sebelah sana guna perkara itu. Jadi, anda mahu ia terjadi seperti itu? Anda dipergunakan, bukan anda yang menggunakan. Jadi tepuk dada tanya selera.
“Siapa-siapa juga akan akan ambil ‘mileage’ jika terdapat mereka yang besar besar platform, pengaruh, peminat dan sebagainya.
“Sebab itu saya kata kalau nak cakap pasal kerajaan, pastikan kita bercakap untuk diri kita bukan untuk pihak lain,” kata beliau.
Sebelum ini beberapa selebriti terkenal seperti Fathia Latiff dan Datuk Sheila Majid menjadi tumpuan selepas dilihat mengeluarkan kenyataan berbaur kritikan terhadap kerajaan.
Malah nama kedua-dua artis itu menjadi sebutan ketika Perhimpunan Agung Umno 2017, Disember lalu, apabila dikatakan tidak memahami perbezaan antara kos sara hidup dan gaya hidup.
Malah Dira sendiri ketika ucapannya di perhimpunan itu meminta Fathia agar ‘turun padang’ dan bukan sekadar menulis di Twitter.
Dalam pada itu, Dira menolak tanggapan kononnya kecenderungan terhadap politik mempengaruhi ‘periuk nasi’ artis.
“Anda tak sokong kerajaan pun dapat job, tak nyatakan sokongan pun, dan tak buat apa-ap pun tetap dapat job.. stesen tv masih panggil, konsert masih lagi dibenarkan.. teater pun masih dibolehkan.. saya sendiri ketika itu tak tunjukkan (cenderung politik) pun ketika itu masih dipanggil teater.
“Bila saya dah aktif parti politik, mungkin nampak kurang dan ada kata tak laku. Tapi kena kurangkan sebab kita bagi tumpuan kepada benda lain
“Alhamdulillah rezeki itu masih ada, saya yang pilih jalan untuk tak aktif secara komersial.. tak ada kena mengena pun sokong atau tak sokong dengan dapat atau tak dapat pekerjaan,” katanya lagi.
Demikianlah Artikel Umno tak pernah guna saya untuk hentam 'sebelah sana' - Dira Abu Zahar
Sekianlah artikel Umno tak pernah guna saya untuk hentam 'sebelah sana' - Dira Abu Zahar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Umno tak pernah guna saya untuk hentam 'sebelah sana' - Dira Abu Zahar dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/01/umno-tak-pernah-guna-saya-untuk-hentam.html