Artikel disiar Rafizi jejas reputasi Tabung Haji’

Artikel disiar Rafizi jejas reputasi Tabung Haji’ - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Artikel disiar Rafizi jejas reputasi Tabung Haji’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Artikel disiar Rafizi jejas reputasi Tabung Haji’
link : Artikel disiar Rafizi jejas reputasi Tabung Haji’

Baca juga


Artikel disiar Rafizi jejas reputasi Tabung Haji’

THE MALAYSIAN TIMES


 
KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini diberitahu artikel tohmahan terhadap Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) yang disiarkan anggota Parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli di media sosial telah menjejaskan reputasi perbadanan itu sehingga menyebabkan ramai pendeposit mengeluarkan wang mereka secara mendadak.

Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Tabung Haji Datuk Rozaida Omar berkata Mohd Rafizi telah mengeluarkan tujuh artikel berkaitan Tabung Haji yang memberi persepsi negatif serta menakutkan para pendeposit.

“Di dalam artikel tersebut, ada fakta yang tidak tepat dan boleh mengelirukan pendeposit dan menyebabkan tindakan diambil oleh pendeposit.

“Kita mengawal dari segi aktiviti pendeposit. Setiap hari kita ada mengikuti tingkah laku dan bila (Tabung Haji) buat kajian selepas artikel dikeluarkan, terdapat bukti-bukti ia beri kesan pengeluaran yang mendadak yang tidak sama dengan tempoh pada tahun sebelumnya,” katanya.

Rozaida yang merupakan saksi pendakwaan ketiga berkata demikian semasa pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Mohd Abazafree Mohd Abas pada perbicaraan kes Mohd Rafizi yang didakwa menyiarkan artikel mengandungi tohmahan terhadap Tabung Haji di dalam akaun Facebook miliknya.


Kepada soalan Abazafree, Rozaida berkata beliau mengetahui mengenai artikel tohmahan itu selepas pihak Tabung Haji mengumumkan agihan bonus atau hibah kepada pendeposit, merangkumi 4.25 peratus bonus tahunan dan tambahan bonus haji sebanyak 1.5 peratus kepada yang belum menunaikan haji bagi tahun kewangan 2016.

Rozaida berkata, dia dimaklumkan oleh pengurus besar bahagian khidmat korporat Tabung Haji mengenai penyiaran artikel itu dan turut membuka media sosial untuk melihat artikel tersebut.

Saksi itu menjelaskan terdapat 12 artikel tohmahan yang disiarkan di media sosial iaitu tujuh daripada Mohd Rafizi dan lima daripada portal berita dan kesemua artikel itu disiarkan antara Januari dan Februari 2016.

Rozaida berkata selepas mengetahui mengenai artikel itu, pihak pengurusan tertinggi Tabung Haji termasuk eksekutif bahagian integriti, bahagian risiko dan bahagian perundangan serta ketua pegawai pelaburan telah mengkaji artikel tersebut dan mendapati satu laporan polis perlu dibuat bagi menjaga dan membersihkan reputasi perbadanan itu.

“Saya sebagai pegawai utama telah diberi tanggungjawab untuk membuat laporan polis dan pada 18 Feb 2016, antara 9 dan 10 pagi saya telah pergi ke Balai Polis Dang Wangi untuk membuat laporan,” katanya.

Terdahulu, Majistret Umzarul An-Nur Umar menolak bantahan awal yang dikemukakan Mohd Rafizi untuk menghentikan perbicaraan kes itu atas alasan perbicaraan tidak sah kerana Umzarul An-Nur tidak menjalankan pemeriksaan terhadap pengaduan oleh pengadu (Rozaida).

Umzarul An-Nur berkata mahkamah tidak perlu melaksanakan pemeriksaan di bawah Seksyen 133 Kanun Prosedur Jenayah kerana seksyen itu tidak terpakai bagi kes tersebut yang bukan merupakan saman persendirian.

Mohd Rafizi, 41, mengaku tidak bersalah menyiarkan artikel bertajuk ‘Analisa Kewangan Tabung Haji 2009-2015’ di dalam akaun Facebook Rafizi Ramli bertarikh 9 Feb 2016, yang mengandungi tohmahan terhadap Lembaga Tabung Haji yang boleh merosakkan nama baik perbadanan itu.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Tingkat 18, Bangunan Tabung Haji, 201, Jalan Tun Razak di sini, pada kira-kira 9 pagi, 8 Feb 2016 mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan bersambung 12 Mac.– Bernama



Demikianlah Artikel Artikel disiar Rafizi jejas reputasi Tabung Haji’

Sekianlah artikel Artikel disiar Rafizi jejas reputasi Tabung Haji’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Artikel disiar Rafizi jejas reputasi Tabung Haji’ dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/02/artikel-disiar-rafizi-jejas-reputasi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :