Bekas tentera: Saya hanya undi sekali dalam 24 tahun perkhidmatan

Bekas tentera: Saya hanya undi sekali dalam 24 tahun perkhidmatan - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bekas tentera: Saya hanya undi sekali dalam 24 tahun perkhidmatan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bekas tentera: Saya hanya undi sekali dalam 24 tahun perkhidmatan
link : Bekas tentera: Saya hanya undi sekali dalam 24 tahun perkhidmatan

Baca juga


Bekas tentera: Saya hanya undi sekali dalam 24 tahun perkhidmatan



Army-man


SHAH ALAM: Seorang bekas pegawai tentera mendakwa beliau hanya diberi peluang sekali sepanjang 24 tahun perkhidmatannya untuk menandakan kertas undi melalui undi pos.

Lt Kol (B) Wong Ah Jit berkata, walaupun berhak bertanya penyelianya kenapa tidak diberi peluang mengundi pada pilihan raya lain, beliau tidak berbuat demikian kerana dirinya anggota bawahan dalam angkatan tentera.

“Kami sepatutnya tanya, tetapi kami tidak berbuat demikian,” kataya merujuk rakan sekerja lain yang turut tidak berpeluang mengundi melalui undi pos sendiri.

Tanpa mendedahkan tahun ia berlaku, katanya, beliau diberikan sekeping kertas undi ketika berkhidmat jauh dari rumah dan membuang undi dalam sebuah pusat mengundi di dalam kem beliau ditempatkan.

Beliau berkata, di bawah sistem yang telus, mereka boleh mempersoalkan kenapa tidak diberikan peluang mengundi, tetapi mereka tidak berbuat demikian.

Wong berkata demikian pada sidang media anjuran Persatuan Veteran Cina Angkatan Tentera Malaysia (Macva), di mana beliau ialah setiausaha berhormat, di sini, hari ini.

Beliau mengulas kritikan Bersih 2.0 terhadap Suruhanjaya Pilinan Raya (SPR) pada Rabu lalu yang memperkenalkan 9 kategori baharu pengundi pos.

Pemantau pilihan raya itu mendakwa SPR mewartakan kategori itu secara sulit tahun lalu tanpa mewajarkan mengapa mereka layak mengundi dari jauh.

Katanya, tindakan itu adalah langkah ke belakang daripada sasaran memansuhkan undi pos dan menggantikannya dengan pengundian awal sehari sebelum hari pengundian.

Khamis lalu, Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot), Brig Jen (B) Mohamed Arshad Raji mendesak kerajaan menghentikan undi pos bagi tentera dan polis kerana negara berada dalam keadaan aman, di mana anggota keselamatan tidak lagi ditempatkan di kawasan jauh.

Presiden Macva, Mejar (B) Tan Pau Son yang turut hadir pada sidang media hari ini bersetuju dengan Arshad yang undi pos perlu dimansuhkan.

“Kenapa kita perlu mempunyai undi pos di mana pegawai ditempatkan di KL?” soalnya.

Beliau berkata, penyelia kem boleh mengatur anggota bertugas pergi mengundi dalam kelompok berasingan pada pagi dan petang.

Tan berkata, peti undi yang mengandungi undi pos anggota keselamatan disimpan di balai polis tanpa pengawasan kamera, di mana tidak pasti jika ia dilindungi daripada diusik.

Timbalan Presiden Macva, Mejar (B) Godfey Chang, berkata penyelia kem tentera perlu memastikan anggota bawahan boleh membuang undi sendiri, bukannya orang lain yang menandakan bagi pihak mereka.

“Jika terdapat 1,000 orang di sana, maka mesti ada 1,000 kertas undi untuk mereka semua.”



Demikianlah Artikel Bekas tentera: Saya hanya undi sekali dalam 24 tahun perkhidmatan

Sekianlah artikel Bekas tentera: Saya hanya undi sekali dalam 24 tahun perkhidmatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bekas tentera: Saya hanya undi sekali dalam 24 tahun perkhidmatan dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/02/bekas-tentera-saya-hanya-undi-sekali.html

Subscribe to receive free email updates: