‘Berita palsu’: Sesiapa sahaja boleh jadi mangsa, termasuk Dr M – Azalina

‘Berita palsu’: Sesiapa sahaja boleh jadi mangsa, termasuk Dr M – Azalina - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ‘Berita palsu’: Sesiapa sahaja boleh jadi mangsa, termasuk Dr M – Azalina, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ‘Berita palsu’: Sesiapa sahaja boleh jadi mangsa, termasuk Dr M – Azalina
link : ‘Berita palsu’: Sesiapa sahaja boleh jadi mangsa, termasuk Dr M – Azalina

Baca juga


‘Berita palsu’: Sesiapa sahaja boleh jadi mangsa, termasuk Dr M – Azalina

THE MALAYSIAN TIMES
 


PUTRAJAYA: Penggubalan undang-undang baharu bagi mengekang penyebaran berita palsu tidak seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang menyekat kebebasan bersuara dan tahanan tanpa bicara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said hari ini.

Beliau berkata cadangan penggubalan akta baharu seharusnya disambut baik oleh semua pihak termasuk pembangkang kerana ia dibuat berdasarkan kepada trend semasa dan kesannya yang besar terhadap negara.

Menyatakan rasa terkilannya terhadap dakwaan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa undang-undang itu untuk menyekat rakyat daripada mengkritik kerajaan, Azalina berkata: “Ini adalah isu global dan negara luar juga mengambil langkah yang sama untuk membendung isu ini”.

Azalina dalam satu kenyataan hari ini turut menegaskan bahawa penggubalan undang-undang mengekang penyebaran berita palsu itu masih belum muktamad.

Beliau berkata jawatankuasa khas yang ditubuhkan masih lagi mengadakan rundingan dan perbincangan bersama-sama pihak-pihak berkepentingan sebelum diputuskan oleh mesyuarat Kabinet.

“Justeru adalah tidak adil untuk mana-mana pihak menghakimi usaha murni kerajaan ini kerana proses itu masih lagi berjalan dan kerjasama semua pihak diperlukan untuk menangani isu ini secara berkesan dan komprehensif,” katanya.

Azalina berkata Dr Mahathir sebagai mantan perdana menteri dan juga bekas anggota Parlimen lebih 20 tahun seharusnya melihat usaha tersebut tanpa prasangka buruk kerana ia dibuat dengan niat untuk kesejahteraan rakyat dan keselamatan negara.

Beliau berkata sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa kepada berita palsu termasuk Dr Mahathir sendiri.

“Berita palsu juga dilihat sebagai strategi perang baharu yang boleh memusnahkan negara dengan hanya di hujung jari,” katanya.



Demikianlah Artikel ‘Berita palsu’: Sesiapa sahaja boleh jadi mangsa, termasuk Dr M – Azalina

Sekianlah artikel ‘Berita palsu’: Sesiapa sahaja boleh jadi mangsa, termasuk Dr M – Azalina kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ‘Berita palsu’: Sesiapa sahaja boleh jadi mangsa, termasuk Dr M – Azalina dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/02/berita-palsu-sesiapa-sahaja-boleh-jadi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :