Judul : Cina bukan majoriti, tetapi mampu jadi penentu di Sabah
link : Cina bukan majoriti, tetapi mampu jadi penentu di Sabah
Cina bukan majoriti, tetapi mampu jadi penentu di Sabah
Penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sabah, Lee Kuok Tiung berkata kaum itu mampu membawa perubahan kepada kerusi yang hanya mempunyai 1,000 hingga 2,000 pengundi Cina.
KOTA KINABALU: Aktiviti turun padang menemui rakyat menjadi pilihan ahli politik di Sabah menjelang sambutan Tahun Baharu Cina.
Mereka merebut peluang bersalaman dengan peniaga dan orang ramai di pasar atau kawasan beli-belah.
Sepanjang 2 minggu lalu, pemimpin parti pemerintah dan pembangkang di Sabah, termasuk Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk Seri Teo Chee Kang, Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Shafie Apdal dan Pengerusi Pakatan Harapan Sabah, Christina Liew bertungkus-lumus berjumpa dengan rakyat.
Tidak ketinggalan, pemimpin parti pembangkang lain seperti Parti Maju Sabah (SAPP), sebahagian daripada Gabungan Sabah.
Ia bukan kebetulan kawasan yang mereka kunjungi seperti pasar Lido, Pasar Minggu Jalan Gaya dan Foh Sang yang terletak dalam kawasan majoriti pengundi Cina.
Kerusi majoriti Cina itu termasuk kawasan Parlimen Kota Kinabalu, Penampang dan Sandakan yang dimenangi pembangkang pada pilihan raya umum (PRU) 2013.
Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mempunyai sekurang-kurangnya 30% pengundi Cina, termasuk Api Api, Inanam, Likas, Luyang, Kepayan, Karamunting, Elopura, Tanjong Papat dan Sri Tanjong.
Seorang penganalisis politik berkata, komuniti itu dijangka mempunyai pengaruh besar di kerusi yang mana bilangan kaum berkenaan lebih kecil, tetapi mampu mengubah keputusan undian.
Pensyarah kanan Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan Universiti Malaysia Sabah, Dr Lee Kuok Tiung berkata kaum itu mampu membawa perubahan kepada kerusi yang hanya mempunyai 1,000 hingga 2,000 pengundi Cina.
Ini kerana, katanya, orang Cina cenderung mengundi sebagai satu blok, manakala undi kaum lain akan berpecah mengikut parti bertanding.
Lee berkata, ini jelas di Penampang yang mempunyai 30% pengundi Cina.
Pada 2008, orang Cina menyokong calon Barisan Nasional, Tan Sri Bernard Dompok daripada Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) yang memperoleh majoriti 3,063 undi berbanding saingan terdekatnya, Edwin Boston daripada PKR.
Lee berpendapat nasib Dompok tiba-tiba berubah pada 2013 apabila beliau kalah kepada pendatang baharu daripada PKR, Darell Leiking dengan 10,216 undi, sebahagiannya kerana undi blok Cina tidak lagi berpihak kepadanya.
Beliau berkata, pengundi Cina juga boleh memberi kesan kepada kerusi yang menang atau kalah dengan majoriti tipis kira-kira 5%.
Lee bagaimanapun berkata, tidak tepat untuk mengklasifikasikan semua kerusi di mana pengundi Cina berkuasa, akan jatuh ke tangan pembangkang pada PRU14.
“Ada beberapa faktor yang harus dipertimbangkan. Sebagai contoh, terdapat kecenderungan untuk pengundi inginkan perubahan selepas 2 penggal.
“Penyandang akan mengulangi seruan memberi peluang kepadanya, tetapi jika tiada perubahan ketara di kawasan mereka selepas 10 tahun, pengundi akan memutuskan perubahan perlu dilakukan.”
Mengenai persepsi pengundi di kawasan majoriti Cina cenderung mengundi “jenama” DAP, Lee berkata, keadaan ini berubah berdasarkan sumbangan diperolehi parti itu daripada projek kutipan derma seperti makan malam pada tahun lalu, yang berkurangan.
Katanya, calon di kawasan tertentu juga menjadi faktor yang mampu mengubah keadaan.
Lee berkata, calon “betul” adalah faktor penting di kawasan majoriti Bumiputera bukan Islam.
“Kami lihat keadaan ini pada 2013 apabila Pairin mengumumkan calon untuk kerusi DUN Matunggong, Kiulu dan Inanam, tetapi berlaku perubahan drastik pada saat akhir.”
Beliau berkata, PBS menguasai satu undian blok konsisten di kerusi majoriti Bumiputera bukan Islam atau campuran seperti Inanam, di mana pegawai parti itu menganggarkan mereka boleh mendapat sekurang-kurangnya 5,000 undi.
Bagaimanapun, blok ini boleh bertukar menjadi undi bantahan, seperti di Matunggong dan Inanam, di mana calon BN daripada PBS tewas dan parti pemerintah hampir kalah dengan majoriti 44 undi di Kiulu.
Mereka mungkin bukan majoriti dari segi demografi Sabah, tetapi pengundi Bumiputera bukan Islam dan Cina sekali lagi akan membuatkan kehadiran mereka dirasai pada PRU14.
Demikianlah Artikel Cina bukan majoriti, tetapi mampu jadi penentu di Sabah
Sekianlah artikel Cina bukan majoriti, tetapi mampu jadi penentu di Sabah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Cina bukan majoriti, tetapi mampu jadi penentu di Sabah dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/02/cina-bukan-majoriti-tetapi-mampu-jadi.html