Judul : Empat mati lemas, seorang masih hilang di Pantai Tok Bali
link : Empat mati lemas, seorang masih hilang di Pantai Tok Bali
Empat mati lemas, seorang masih hilang di Pantai Tok Bali
ANTARAPOSPASIR PUTEH: Kegembiraan sebuah keluarga menikmati cuti sempena Tahun Baru Cina bertukar pilu apabila empat daripada mereka ditemukan mati lemas manakala seorang lagi masih hilang ketika sedang mandi-manda di Pantai Tok Bali, jam 10.50 pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh Penolong Penguasa Bomba Azhar Elmi Mustofar berkata keempat-empat mangsa yang lemas dikenal pasti sebagai Yazul Bahari Yakob, 46, dan anaknya Yasmin Nor Aliza, 10, dari Serdang, Selangor, adik Yazul Bahari, Yusnina Yakob, 38, dari Tanah Merah dan anak saudara mereka, adik Zufika Suhaimi, 10, dari Semenyih, Selangor.
“Mayat kesemua empat mangsa ditemukan pada pukul 11.15 pagi dan kami sedang menjalankan operasi mengesan Khaizuran Waliyuddin Suhaimi, 5, iaitu adik Zufika yang masih belum ditemui,” katanya dipetik Bernama,
Beliau berkata mayat tiga mangsa dijumpai anggota bomba dan seorang lagi dijumpai oleh orang awam tidak jauh dari tempat kejadian.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Anis di sini untuk bedah siasat.
Beliau berkata 10 anggota bomba yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Jaafar Jusin bersama dua jentera dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan pada 10.34 pagi.
Katanya pihaknya kini meneruskan usaha mengesan Khaizuran Waliyuddin dengan bantuan pelbagai pihak termasuk polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan penduduk kampung.
Demikianlah Artikel Empat mati lemas, seorang masih hilang di Pantai Tok Bali
Sekianlah artikel Empat mati lemas, seorang masih hilang di Pantai Tok Bali kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Empat mati lemas, seorang masih hilang di Pantai Tok Bali dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/02/empat-mati-lemas-seorang-masih-hilang.html