Judul : Hak mutlak Sultan untuk tarik balik darjah kebesaran
link : Hak mutlak Sultan untuk tarik balik darjah kebesaran
Hak mutlak Sultan untuk tarik balik darjah kebesaran
Oleh Ainor Rahim
SHAH ALAM: Keputusan Istana Kelantan menarik balik darjah kebesaran yang dianugerahkan kepada ketiga-tiga pemimpin pembangkang, termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad dan Husam Musa kerana ia adalah hak mutlak Tuanku Sultan.
Setiausaha PAS Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, soal penarikan anugerah itu tiada kaitan langsung dengan kelantangan pemimpin berkenaan mengkritik kerajaan yang dipimpin Datuk Seri Najib Razak.
Katanya lagi, pemberian pingat ini adalah hak mutlak Istana kerana mereka mampu menarik balik tanpa sebarang alasan.
"Itu hak mutlak Sultan dan Sultan ini Sultan (Sultan Muhammad ke-V) yang bermaklumat. Keputusan berdasarkan maklumat dia.
"Raja ini selalunya dia tidak campur dalam soal politik. Kita (PAS) kritik Umno bukan main kuat, tidak ada masalah apa-apa pun. Umno kritik kita macam-macam tidak ada masalah apa-apa. Jadi tidak berbangkit soal kritik kerajaan.
"Kalau kira kritik kerajaan, dah lama kita kritik kerajaan persekutuan. Umno pula kritik kerajaan Kelantan macam-macam. Jadi Raja tidak kira soal kritik kerajaan," katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.
Beliau yang juga ADUN Wakaf Bharu berkata demikian mengulas berkenaan penarikan darjah kebesaran ke atas tiga pemimpin pembangkang baru-baru ini.
Dilaporkan, Istana Kelantan menarik balik Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (Al-Yunusi) dikurniakan kepada mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang dianugerahkan pada 2002.
Institusi DiRaja negeri itu juga menarik balik gelaran 'Datuk' yang dikurniakan kepada Naib Presiden Amanah Husam Musa dan Pengerusi Amanah Kelantan Wan Abd Rahim Wan Abdullah.
Darjah yang ditarik balik daripada kedua-dua pemimpin politik itu ialah Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) (Al-Ismaili II).
Kedua-duanya menerima surat daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Mohd Faudzi Che Mamat yang memaklumkan Sultan Muhammad V menarik balik darjah kebesaran yang diberikan.
Che Abdullah juga memaklumkan, beliau tidak mempunyai maklumat berkenaan punca penarikan itu juga berkata, tidak menolak ia mungkin ditarik atas faktor pengkhianatan terhadap rakyat.
"Tetapi kalau ambil kira pengkhianatan terhadap rakyat boleh jadi.
"Istana tidak perlu bagitahu sebab apa-apa. Masa dia bagi pun dia tidak bagi tahu sebab apa-apa," tambahnya.
Sementara itu, mengulas isu sama, Exco kerajaan negeri Kelantan Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata keputusan untuk menarik semula darjah kebesaran itu merupakan hak mutlak Sultan.
Kita (PAS) tidak ada kaitan. Kita tidak tahu. Itu adalah hak mutlak Tuanku," katanya ringkas.
Demikianlah Artikel Hak mutlak Sultan untuk tarik balik darjah kebesaran
Sekianlah artikel Hak mutlak Sultan untuk tarik balik darjah kebesaran kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Hak mutlak Sultan untuk tarik balik darjah kebesaran dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/02/hak-mutlak-sultan-untuk-tarik-balik.html