Jabatan Peguam Negara mahu batal saman Dr M berhubung laporan RCI

Jabatan Peguam Negara mahu batal saman Dr M berhubung laporan RCI - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jabatan Peguam Negara mahu batal saman Dr M berhubung laporan RCI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jabatan Peguam Negara mahu batal saman Dr M berhubung laporan RCI
link : Jabatan Peguam Negara mahu batal saman Dr M berhubung laporan RCI

Baca juga


Jabatan Peguam Negara mahu batal saman Dr M berhubung laporan RCI



mahathir-pc-1 (1)


KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara memohon untuk membatalkan saman pemula difailkan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menuntut deklarasi Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Untuk Menyiasat Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing Oleh Bank Negara Malaysia Sekitar Tahun 1990-an tidak sah dan terbatal.

Peguam Kanan Persekutuan Mazlifah Ayob berkata permohonan itu dibuat atas 2 alasan iaitu Dr Mahathir selaku plaintif tidak mempunyai kausa tindakan munasabah untuk memfailkan tindakan tersebut dan mahkamah tidak boleh mengambil tindakan terhadap suruhanjaya berkenaan.

“Mahkamah tetapkan 19 April ini untuk pendengaran permohonan tersebut,” katanya yang ditemui pemberita selepas pengurusan kes itu di di kamar hakim Datuk Azizah Nawawi hari ini.

Mazlifah yang bertindak bagi pihak AGC berkata permohonan membatalkan saman pemula itu difailkan pada 19 Disember 2017.

Pada awal Disember 2017, pengerusi Pakatan Harapan itu memfailkan saman pemula dengan menamakan Pengerusi Suruhanjaya Siasatan Tan Sri Mohd Sidek Hassan, ahli panel suruhanjaya iaitu Datuk Wira Kamaludin Md Said, Datuk Seri Tajuddin Atan, Tan Sri Saw Choon Boon, K Pushpanathanan, Datuk Dr Yusof Ismail selain Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dan jemaah menteri serta kerajaan sebagai defendan pertama hingga ke-9.

Dalam samannya, Dr Mahathir memohon deklarasi bahawa mana-mana ”Laporan Siasatan Diraja” oleh mana-mana Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang ditubuhkan bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 hanya sah sekiranya mengandungi kesemua bahan ditampilkan pada keseluruhan prosiding suruhanjaya tersebut, termasuk kesemua penyata bertulis saksi yang dipanggil memberi keterangan pada prosiding RCI.

Beliau juga memohon deklarasi laporan suruhanjaya itu tidak sah dan/atau terbatal dan/atau tidak terpakai sama sekali atas alasan kegagalan dan/atau kecuaian semua defendan untuk memasukkan keseluruhan nota prosiding berkaitan keterangan lisan saksi yang dipanggil memberi keterangan sama ada transkripsi atau rakaman video, semua permohonan dan hujahan pihak-pihak sama ada hujahan bertulis atau lisan.



Demikianlah Artikel Jabatan Peguam Negara mahu batal saman Dr M berhubung laporan RCI

Sekianlah artikel Jabatan Peguam Negara mahu batal saman Dr M berhubung laporan RCI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jabatan Peguam Negara mahu batal saman Dr M berhubung laporan RCI dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/02/jabatan-peguam-negara-mahu-batal-saman.html

Subscribe to receive free email updates: