Jamal Bongkar Kelicikan Penipuan ADUN DAP

Jamal Bongkar Kelicikan Penipuan ADUN DAP - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jamal Bongkar Kelicikan Penipuan ADUN DAP, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jamal Bongkar Kelicikan Penipuan ADUN DAP
link : Jamal Bongkar Kelicikan Penipuan ADUN DAP

Baca juga


Jamal Bongkar Kelicikan Penipuan ADUN DAP

 
 


SEKINCHAN – Taktik licik baharu pemimpin DAP Selangor, Ng Suee Lim mempertahankan kerusi N04 DUN Sekinchan terbongkar apabila wakil rakyat petah berbahasa Jawa itu didakwa menggunakan alamat pejabatnya di sini sebagai alamat mengundi.

Lebih mengejutkan apabila anak kepada Setiausaha Publisiti DAP Selangor itu antara ribuan pengundi yang dipindahkan secara ‘rahsia’ menggunakan alamat kediaman seperti mana disyaratkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Penipuan itu didedahkan oleh Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang melihat keterdesakan ADUN Sekinchan itu kian terselah apabila sanggup menggunakan apa sahaja cara agar beliau kekal kerusi itu.

“Mana ada rumah, anak Ng Suee Lim dipindahkan ke Sekinchan melalui pejabat DAP. Pengundi yang dibawa masuk ke Sekinchan mesti didaftarkan di tempat kediaman, bukannya pejabat.

“Mana ada orang duduk dalam pejabat YB Ng Suee Lim, ini baru satu, yang lain beribu-ribu lagi.

“Demi mengekalkan (ADUN Sekinchan) dan menang dalam PRU14, beliau sanggup melakukan apa saja. Ini salah satu penipuan dilakukan kepada YB Ng Suee Lim, inilah YB paling celaka pernah saya lihat,” katanya selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahu Baharu Cina di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Yoke Kuan, di sini, semalam.

Terdahulu Jamal bersama sekumpulan pemimpin UMNO Bahagian Sungai Besar mengadakan perhimpunan aman sambil memegang kain rentang di luar pekarangan sekolah berkenaan tertera tulisan ‘Ng Suwey Lim & Family Pengundi Hantu Sekinchan’.

Kain rentang itu antara lain memaparkan gambar Suee Lim serta keratan ‘screen shot’ semakan daftar pemilih di laman web SPR dan mendapati permohonan pemindahan kawasan mengundi bagi anak wakil rakyat DAP itu, Ng Kai Jun sedang diproses badan itu.

Kai Jun didakwa cuba dipindahkan ke Jalan Menteri di daerah mengundi Sekinchan Tempatan Tengah, yang mana alamat sama juga terletaknya pejabat pemimpin DAP Sekinchan itu.

Jamal juga mempersoalkan tindakan ADUN DAP itu sedangkan alamat tertera dalam carian SPR itu merupakan kawasan Pekan Sekinchan yang hanya terdapat premis perniagaan dan pejabat sahaja, bukannya rumah kediaman.

“YB mangkuk hayun ini dia tiada rumah pun di Sekinchan. Dia jadikan alamat pejabatnya sebagai alamat kediaman.

“Mana ada Akta SPR mengatakan alamat pejabat boleh dijadikan tempat sebagai pengundi.

“Dia (Ng Suee Lim) pindah, anak dia pindah, keluarga dia pindah ke Sekinchan dan ramai lagi orang luar berdaftar di pejabat beliau,” tegasnya.

Jamal juga mencabar Suee Lim menafikan pendedahanya itu dan Pengerusi Gabungan NGO Malaysia itu sedia diheret ke mahkamah jika isu berkenaan tidak berasas dan merupakan fitnah semata-mata.

“Saya cabar YB Ng Suee Lim supaya dakwa saya ambil tindakan di mahkamah. Ini baru sebahagian, belum lagi penyalahgunaan projek-projek rasuah YB Ng Suee Lim.

“Kita akan dedahkan dalam waktu terdekat untuk kita beritahu kepada masyarakat kepada pengundi di Sekinchan ini bahawa YB Ng Suee Lim ini merupakan seorang yang korporat-keparat,” katanya lagi. – MalaysiaGazette



Demikianlah Artikel Jamal Bongkar Kelicikan Penipuan ADUN DAP

Sekianlah artikel Jamal Bongkar Kelicikan Penipuan ADUN DAP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jamal Bongkar Kelicikan Penipuan ADUN DAP dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/02/jamal-bongkar-kelicikan-penipuan-adun.html

Subscribe to receive free email updates: