Kenapa sekarang, soal Hindraf kepada pengkritik Dr M

Kenapa sekarang, soal Hindraf kepada pengkritik Dr M - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kenapa sekarang, soal Hindraf kepada pengkritik Dr M, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kenapa sekarang, soal Hindraf kepada pengkritik Dr M
link : Kenapa sekarang, soal Hindraf kepada pengkritik Dr M

Baca juga


Kenapa sekarang, soal Hindraf kepada pengkritik Dr M



P-Waythamoorthy-mahathir-malaysia-thaipusam

PETALING JAYA: Hindraf mengejek pemimpin Barisan Nasional (BN) yang menuduh Tun Dr Mahathir Mohamad tidak melakukan lebih banyak usaha untuk membantu masyarakat India, dengan berkata ramai pengkritik bekas perdana menteri itu turut berkuasa sepanjang pemerintahannya selama 22 tahun.

Gerakan hak asasi Hindu itu menjawab beberapa pemimpin MIC dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa Dr Mahathir tidak banyak membantu masyarakat India ketika beliau memimpin negara dari 1981 hingga 2003.

September lalu, Najib mengkritik rekod Dr Mahathir dalam memajukan kaum India dengan memberitahu ahli MIC, beliau melakukan lebih banyak usaha untuk komuniti itu berbanding seorang pemimpin yang nenek moyangnya berasal dari Kerala.

Baru-baru ini, susulan janji pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu untuk meningkatkan taraf hidup kaum India, jika pembangkang memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14), Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, Dr Mahathir sepatutnya lebih menjaga masyarakat itu apabila beliau menjadi perdana menteri.

Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy mempersoalkan mengapa Najib mendiamkan diri ketika beliau menjadi menteri dalam Kabinet Dr Mahathir dan menteri besar Pahang.

Waytha berkata, Subramaniam juga membisu semasa beliau menjadi timbalan menteri semasa era Dr Mahathir.

“Tidak ada rekod Najib pernah berusara untuk masyarakat India atau membuat apa-apa sumbangan kepada kaum India ketika dia berkhidmat di bawah Dr Mahathir.”

Waytha berkata, kritikan terhadap Dr Mahathir dibuat kerana mereka bimbang dengan populariti calon perdana menteri PH itu semakin meningkat.

“Mereka boleh kata sesuatu, tetapi mereka hanya berbuat demikian sekarang. Hakikatnya, mereka semua terancam dengan kemunculan semula Dr Mahathir.

“Harga barang terus meningkat, harga bahan api naik, dan lebih teruk lagi, kita dibebani cukai barang dan perkhidmatan (GST). Salah urus ekonomi negara membawa kesusahan kepada rakyat Malaysia.”

Beliau menggesa komuniti India memberi peluang kepada Dr Mahathir kerana berdasarkan pengalaman peribadinya, beliau percaya Dr Mahathir mahu membetulkan kesilapan lampau.

“Pada usia 93 tahun, Dr Mahathir tidak akan membawa ketidakadilan kepada kaum India. Saya bercakap dengannya secara peribadi berkali-kali dan saya membangkitkan isu 800,000 pekerja ladang yang dibuang dan diberi layanan tidak adil apabila mereka diberhentikan.

“Saya membangkitkan kekurangan peluang pekerjaan, pendidikan dan peminggiran kaum India dalam pembangunan ekonomi negara, serta masalah orang India tiada kerakyatan dan dia memberi jaminan kepada saya, isu-isu tersebut akan ditangani.”

Waytha juga mengingatkan masyarakat India yang dilayan secara tidak adil semasa pemerintahan Dr Mahathir supaya memaafkannya dan memberi peluang ke-2 kepadanya.

“Hindraf menggesa kaum India bersatu di bawah pakatan pimpinan Dr Mahathir. Malah, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu, Lim Kit Siang dan ramai lagi yang dipenjarakan kerana pelbagai alasan politik memaafkannya demi menyelamatkan Malaysia.

“Kita tiada pilihan lain, kecuali kita mahu ditipu selamanya dengan pelbagai pelan induk yang dijanjikan kepada kita oleh pentadbiran semasa yang menipu masyarakat kita yang terpinggir, berkali-kali.”

Hindraf akan mengadakan perbincangan dengan Dr Mahathir di Wisma Teng Chin di Klang pada jam 8 malam 14 Februari ini, di mana Waytha memberi jaminan akan mengemukakan soalan sukar.

“Hindraf menggesa kaum India menghadiri perbincangan dari hati ke hati dengan Dr Mahathir, yang mahu menemui pekerja biasa berbangsa India. Hindraf memberi peluang kepada orang ramai untuk datang dan mendengarnya jawapannya sendiri.

“Beliau akan menerangkan peranannya dan apa yang berlaku sepanjang beliau bergelar perdana menteri. Seseorang tidak patut menyalahkannya tanpa mengetahui fakta. Beri beliau satu peluang.”



Demikianlah Artikel Kenapa sekarang, soal Hindraf kepada pengkritik Dr M

Sekianlah artikel Kenapa sekarang, soal Hindraf kepada pengkritik Dr M kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kenapa sekarang, soal Hindraf kepada pengkritik Dr M dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/02/kenapa-sekarang-soal-hindraf-kepada.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :