Kerusi Parlimen sudah selesai, Kerusi DUN rumit sikit – Dr M

Kerusi Parlimen sudah selesai, Kerusi DUN rumit sikit – Dr M - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerusi Parlimen sudah selesai, Kerusi DUN rumit sikit – Dr M, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerusi Parlimen sudah selesai, Kerusi DUN rumit sikit – Dr M
link : Kerusi Parlimen sudah selesai, Kerusi DUN rumit sikit – Dr M

Baca juga


Kerusi Parlimen sudah selesai, Kerusi DUN rumit sikit – Dr M

THE MALAYSIAN TIMES
 


PUTRAJAYA: Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui terdapat masalah dalam pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk di Selangor dalam kalangan parti pembangkang itu bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Menurutnya, pengagihan kerusi DUN adalah lebih rumit dan Pakatan Harapan di negeri-negeri diberi tempoh masa sehingga esok untuk menyelesaikan isu itu.

“Bagi (kerusi) Parlimen kami sudah selesaikannya. Kerusi DUN yang lebih rumit sikit,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Berhubung rundingan kerusi dengan formula 60:40 antara Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Pakatan Harapan untuk kerusi DUN Sabah, Dr Mahathir berkata beliau tidak mengetahui perkara tersebut namun telah mengarahkan Pakatan Harapan bekerjasama dengan Warisan.

Berkaitan pendaftaran Pakatan Harapan, beliau berkata gabungan itu mempunyai pelan kontigensi sekiranya Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) masih tidak meluluskan pendaftarannya menjelang PRU14.

“Kita ada pelan B dan pelan C namun kita tidak akan beritahu” kata Dr Mahathir yang juga pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Ketika ditanya tindakan beberapa anggota PPBM membuat laporan di ROS berhubung mesyuarat agung tahunan (AGM) parti itu, Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut hadir pada sidang media itu berkata pimpinan tertinggi parti tidak mengetahui “cerita sebenar” isu tersebut,.

“Kita dapat maklumat isu (itu) melalui kenyataan ROS kepada media. Kita tidak mendapat laporan kecuali kalau ROS ikut Akta Pertubuhan memberitahu kita kes yang dilaporkan kepada mereka, baru mereka dapat mengetahui kes sebenar dan tindakan wajar boleh diambil oleh parti,” katanya.



Demikianlah Artikel Kerusi Parlimen sudah selesai, Kerusi DUN rumit sikit – Dr M

Sekianlah artikel Kerusi Parlimen sudah selesai, Kerusi DUN rumit sikit – Dr M kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerusi Parlimen sudah selesai, Kerusi DUN rumit sikit – Dr M dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/02/kerusi-parlimen-sudah-selesai-kerusi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :