Judul : KKM siasat kandungan susu tiruan
link : KKM siasat kandungan susu tiruan
KKM siasat kandungan susu tiruan
ANTARAPOSPUTRAJAYA: Satu siasatan menyeluruh sedang dilakukan Kementerian Kesihatan bersabit dakwaan susu tepung Dutch Baby untuk bayi berusia enam hingga 12 bulan yang dipasarkan dalam negara adalah tiruan.
Menterinya, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, siasatan itu termasuklah melihat kandungan susu berkenaan sama ada ia tiruan atau sebaliknya.
“Jika ada perubahan pada kandungan susu tersebut, maka siasatan selanjutnya akan diambil, perkara ini bukan sahaja melibatkan kementerian tetapi juga pihak berkuasa,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kospek@Activ di kementeriannya di sini hari ini.
Beliau mengulas dakwaan yang ditularkan berhubung susu tepung Dutch Baby untuk bayi berusia enam hingga 12 bulan sebagai susu tiruan.
Dalam laporan yang disebarkan itu mendakwa, susu daripada pek Dutch Baby tiruan dilabel 102 manakala susu asli dilabel 101, dan perbezaan lain yang ketara daripada segi warna serta perkataan ‘Calcium’ yang dikatakan tulisannya berbeza.
Sementara itu, Dutch Lady, pengeluar susu Dutch Baby dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan termasuk telah menghantar sampel ke makmal bagi menjalankan ujian klinikal.
Demikianlah Artikel KKM siasat kandungan susu tiruan
Sekianlah artikel KKM siasat kandungan susu tiruan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel KKM siasat kandungan susu tiruan dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/02/kkm-siasat-kandungan-susu-tiruan.html