Judul : MCA nafi serah kerusi Bandar Tun Razak
link : MCA nafi serah kerusi Bandar Tun Razak
MCA nafi serah kerusi Bandar Tun Razak
Kerusi majoriti Melayu itu diperuntukkan sebagai kerusi tradisi MCA sejak 5 pilihan raya lalu atas dasar semangat BN namun kerusi tersebut turut dimahukan Umno.
KUALA LUMPUR: MCA hari ini menafikan yang ia menyerahkan kerusi parlimen Bandar Tun Razak kepada Umno.
“Tidak benar. Saya tidak akan bincangkan isu pertukaran kerusi menerusi media,” kata Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau ditemui pemberita selepas pelancaran “MCA Belt and Road 2.0”, diminta mengulas desas-desus berhubung perkara tersebut.
Kerusi di kawasan bandar yang majoriti pengundinya Melayu itu diperuntukkan sebagai kerusi tradisi MCA sejak 5 pilihan raya lalu atas dasar semangat Barisan Nasional namun kerusi tersebut turut dimahukan Umno.
Bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri Tan Sri Tan Chai Ho menyandang kerusi itu selama 3 penggal sebelum tewas di tangan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya umum 2008.
Khalid mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya umum 2013 dalam pertembungan empat penjuru juga atas tiket PKR dengan majoriti 11,832 undi. Beliau kini wakil bebas
Demikianlah Artikel MCA nafi serah kerusi Bandar Tun Razak
Sekianlah artikel MCA nafi serah kerusi Bandar Tun Razak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel MCA nafi serah kerusi Bandar Tun Razak dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/02/mca-nafi-serah-kerusi-bandar-tun-razak.html