Judul : PAS Selangor jangan bergaduh, kata Khalid Ibrahim
link : PAS Selangor jangan bergaduh, kata Khalid Ibrahim
PAS Selangor jangan bergaduh, kata Khalid Ibrahim
ANTARAPOSSHAH ALAM: PAS Selangor tidak perlu bertelingkah sesama sendiri, kata Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
"Ada laporan mengatakan terdapat pemimpin PAS Selangor protes tentang tawaran yang dibuat kepada saya.
"Tidak perlulah mereka bertelingkah dan berasa gusar tentang perkara itu kerana sudah saya nyatakan saya tidak akan bertanding pada PRU14," kata Khalid menerusi laman sosial Facebooknya, hari ini.
Terdahulu, Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi berkata partinya sedia memberi laluan kepada Khalid bertanding dimana-mana kerusi malah akan menyokongnya untuk kembali menjadi menteri besar.
Sebuah portal melaporkan tawaran Sallehen kepda Khalid itu dipertikai Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad, yang juga Exco Selangor.
Justeru Khalid mengulangi pendiriannya untuk tidak bertanding malah berkata sudah berpuas hati dengan pencapaiannya setakat ini.
"Pencapaian saya setakat ini alhamdulillah, saya amat bersyukur dan tiada keperluan untuk menambah apa-apa lagi. Sekarang ini saya hanya mahu melakukan amal demi pembangunan Ummah dan negara.
"Saya juga mahu nyatakan bahawa sokongan saya kepada PAS bukanlah untuk status atau jawatan," ujarnya.
Khalid dalam pada itu berkata beliau memilih untuk menyokong PAS selepas melihat prestasi parti itu yang ikhlas berbakti kepada rakyat dan tidak mempunyai agenda tertentu sepertimana parti politik lain.
"Sebab itulah saya menyokong PAS kerana ia sebuah parti yang berasaskan kebajikan dan membuat kebaikan tanpa rasa takut dan tanpa mengharapkan balasan.
"Saya nampak ada pihak yang tidak senang dengan keakraban saya bersama PAS tetapi saya percaya rakyat boleh membaca antara kebenaran dan hasutan," katanya.
Khalid sebelum ini menegaskan beliau berhak untuk menyokong sesiapa sahaja walaupun tidak lagi menyertai mana-mana parti politik.
Beliau sebelum itu didesak Timbalan Presiden PKR, yang juga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk menetapkan pendirian mengenai pihak mana yang disokongnya pada PRU14 nanti.
"Siapa saya sokong adalah hak saya. Yang jelas, saya tidak sokong YB Gombak kerana dia akan merugikan rakyat Selangor lebih RM2 bilion dalam isu penyusunan semula industri air Selangor," katanya juga menerusi laman Facebooknya pada 4 Februari lalu.
Demikianlah Artikel PAS Selangor jangan bergaduh, kata Khalid Ibrahim
Sekianlah artikel PAS Selangor jangan bergaduh, kata Khalid Ibrahim kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PAS Selangor jangan bergaduh, kata Khalid Ibrahim dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/02/pas-selangor-jangan-bergaduh-kata.html