Judul : Pengagihan Kerusi masalah Baru Buat Pakatan Harapan
link : Pengagihan Kerusi masalah Baru Buat Pakatan Harapan
Pengagihan Kerusi masalah Baru Buat Pakatan Harapan
DETIK DAILYOleh Mohd Sayuti Omar
Selepas komponen PH dapat menuntaskan isu siapa perdana menteri yang sebelum ini dijadikan modal oleh BN untuk mengganyangkan komponen itu, kini PH berhadapan pula dengan masalah pengagihan kerusi.
Perbalahan kerana pengagihan kerusi melatar di permukaan politik PH hari ini. Di sana sini terdengar pihak yang kurang berpuas dengan pembahagian kerusi. Ada yang mengatakan tidak adil, ada yang menuntut hak yang lebih banyak dan ada juga yang bersikeras tidak mahu bertolak ansur di antara satu sama lain.
Paling buruk sampai ada tuduh menuduh menggunakan bahasa tidak sepatutnya; kamu tidak amanah dan kamu pula tidak layak untuk jadi pemimpin, kamu baduT dan berbagai-bagai lagi.
Ada juga yang sudah diam-diam memulau majlis PH kerana tidak bersetuju dengan proses pengagihan kerusi. Ada yang sengaja membawa anak buah ke luar negeri kerana enggan menghadiri majlis PH kerana tidak berpuas hati dengan sesuatu.
Tidak cukup itu, ada juga peristiwa sampai membaling kerusi dalam dewan persidangan, dan macam-macam lagi. Semua itu berlaku kerana nafsu besar untuk mendapat kerusi. Dimana perjuangan dan nawaitu mereka yang melaung untuk membela rakyat? Apakah begitu cara berpolitik demi bangsa yang betul?
Kerenah yang berlaku itu tidak mencerminkan kepaduan dan keharmonian dalam PH. Kesan daripada keadaan itu sedikit sebanyak boleh menjejaskan keyakinan rakyat kepada komponen berkenaan. Seharusnya PH mengelak kejadian seperti itu yang mengimejkan keadaan buruk PH. PH harus memaksimumkan kelemahan komponen itu sebarapa yang boleh.
Kita percaya jika masalah ini tidak dapat diselesai segera ia akan diambil kesempatan oleh Najib Razak untuk membubar parlimen dalam masa terdekat. Dan masalah yang menimpa PH itu sedikit sebanyak dapat “cover” masalah dan kelemahan UBN yang sebelum ini diperkatakan umum.
Dalam pada itu majlis presiden PH seharusnya perlu lebih tegas dan telus dalam soal pembahagian kerusi ini. Apa yang penting majlis presiden juga perlu mengemukakan formula pengagihannya. Dan pimpinan di peringkat bawah (pelaksana) pula seharusnya akur dengan formula yang dibentangkan itu.
Sejauh mana PH dapat mengatasi masalah ini, pembahagian kerusi tanpa menimbulkan masalah ia menentukan keupayaan PH sebenarnya yang mana keupayaan itu akan dijadikan bukti yang menyakinkan rakyat PH boleh menjadi alternatif kepada BN
Demikianlah Artikel Pengagihan Kerusi masalah Baru Buat Pakatan Harapan
Sekianlah artikel Pengagihan Kerusi masalah Baru Buat Pakatan Harapan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pengagihan Kerusi masalah Baru Buat Pakatan Harapan dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/02/pengagihan-kerusi-masalah-baru-buat.html