PKR Anggap Selangor Milik PKR Punca Rundingan Kerusi Pakatan Harapan Gagal

PKR Anggap Selangor Milik PKR Punca Rundingan Kerusi Pakatan Harapan Gagal - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PKR Anggap Selangor Milik PKR Punca Rundingan Kerusi Pakatan Harapan Gagal, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PKR Anggap Selangor Milik PKR Punca Rundingan Kerusi Pakatan Harapan Gagal
link : PKR Anggap Selangor Milik PKR Punca Rundingan Kerusi Pakatan Harapan Gagal

Baca juga


PKR Anggap Selangor Milik PKR Punca Rundingan Kerusi Pakatan Harapan Gagal

 
 



SHAH ALAM: Rundingan Pakatan Harapan (PH) untuk mengagihkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang dijalankan sejak awal bulan ini masih buntu.

Menurut sumber, kegagalan mencapai kata sepakat disebabkan pendirian PKR untuk bertanding paling banyak kerusi DUN Selangor, dengan alasan negeri ini adalah ‘milik’ mereka.


“Alasan diberi pemimpin PKR ialah Selangor ‘milik’ PKR, Pulau Pinang ‘milik’ DAP dan kemungkinan Kedah menjadi ‘milik’ Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

“Negeri ‘milik’ Parti Amanah Negara (PAN) pula akan dibuat berdasarkan keputusan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-14) nanti.

“Sebanyak 14 kerusi PKR dan 15 kerusi DAP yang dimenangi pada PRU-13 kekal ditandingi kedua-dua parti ini. PAN pula memiliki dua kerusi selepas dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS keluar menyertai PAN,” katanya kepada BH Online.

Sumber berkata, perbincangan agihan kerusi ketika ini hanya membabitkan 25 daripada 56 kerusi DUN yang disandang Barisan Nasional (BN) dan PAS.

“Jadi, baki 12 kerusi milik BN serta 13 kerusi PAS milik PAS perlu diagihkan antara DAP, PKR, PPBM dan PAN. Keadaan ini menyebabkan PPBM dan PAN tidak berpuas hati,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Penerangan PPBM Selangor, Sallehuddin Amiruddin, berkata parti itu kekal dengan pendirian untuk bertanding kerusi yang disandang BN.

Pada PRU-13, BN menang 12 kerusi iaitu DUN Sungai Burong, Jeram, Kuang, Semenyih, Permatang, Bukit Malawati, Sungai Air Tawar, Sungai Panjang, Hulu Bernam, Batang Kali, Kota Damansara dan Dengkil.

PAN pula bertegas mahu bertanding kerusi DUN disandang PAS iaitu Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jaras, Chempaka, Meru, Dusun Tua, Tanjung Sepat, Sabak, Gombak Setia, Bangi, Seri Serdang, Selat Klang, Sijangkang, Morib dan Hulu Klang.

ADUN Hulu Klang, Saari Sungib, dan ADUN Morib, Hasnul Baharuddin bagaimanapun keluar PAS untuk menyertai PAN.

Ketika ini, DAP menyandang 14 kerusi DUN Selangor, PKR (13), PAS (13), BN (12) dan PAN (dua) dan Bebas (dua).

Dua ADUN Bebas ialah Pelabuhan Klang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Teluk Datuk, Loh Chee Heng yang sebelum ini dari DAP.

Pada 9 Febuari lalu, BH melaporkan berdasarkan keputusan awal rundingan, PKR dikatakan akan bertanding 19 kerusi DUN, DAP (18), PPBM (10), dan PAN (sembilan), namun ia dibantah PPBM dan PAN – BH



Demikianlah Artikel PKR Anggap Selangor Milik PKR Punca Rundingan Kerusi Pakatan Harapan Gagal

Sekianlah artikel PKR Anggap Selangor Milik PKR Punca Rundingan Kerusi Pakatan Harapan Gagal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PKR Anggap Selangor Milik PKR Punca Rundingan Kerusi Pakatan Harapan Gagal dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/02/pkr-anggap-selangor-milik-pkr-punca.html

Subscribe to receive free email updates: