Judul : Polis buru perompak lepas tembakan di pasar raya Sungai Buloh
link : Polis buru perompak lepas tembakan di pasar raya Sungai Buloh
Polis buru perompak lepas tembakan di pasar raya Sungai Buloh
Suspek lepaskan tembakan dalam kedai dan ke arah kamera litar tertutup sebelum melarikan 2 laci kaunter juruwang mengandungi wang tunai kira-kira RM4,000.
KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan 2 lelaki disyaki melepaskan 2 tembakan ketika menyamun sebuah pasar raya dengan senjata api semalam di Sungai Buloh, Selangor.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt S Somu berkata polis menerima maklumat mengenai kejadian pada pukul 11.25 pagi.
“Suspek menaiki motosikal jenis Yamaha LC melepaskan tembakan dalam kedai dan ke arah kamera litar tertutup di bahagian luar sebelum melarikan 2 laci kaunter juruwang mengandungi wang tunai kira-kira RM4,000,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek turut menyamun dompet seorang wanita yang membuat pembayaran di kaunter juruwang dan pemeriksaan mendapati motosikal ditunggang suspek dipercayai menggunakan nombor pendaftaran palsu.
“Bagaimanapun tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian di mana juruwang dan seorang pengawal keselamatan tanpa senjata api berada di lokasi kejadian,” katanya.
Katanya, pemeriksaan pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di tempat kejadian menemukan 2 kelongsong dan 2 anak peluru.
Kes diklasifikasikan bawah Seksyen 3, Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, katanya
Demikianlah Artikel Polis buru perompak lepas tembakan di pasar raya Sungai Buloh
Sekianlah artikel Polis buru perompak lepas tembakan di pasar raya Sungai Buloh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Polis buru perompak lepas tembakan di pasar raya Sungai Buloh dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/02/polis-buru-perompak-lepas-tembakan-di.html