Judul : Tun M Nasihat Rafizi Bersabar
link : Tun M Nasihat Rafizi Bersabar
Tun M Nasihat Rafizi Bersabar
Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu Naib Presiden PKR Rafizi Ramli agar bersabar setelah dijatuhkan hukuman kerana melanggar Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia)
berhubung kebocoran akaun National Feedlot Corporation Sdn Bhd minggu lalu agar “menguatkan semangat”.
Ini merupakan kemunculan pertama pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu selepasdimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada Jumaat.
“Jangan berasa kecewa. Kita berjuang mungkin mengambil masa. Mungkin menang, mungkin kalah.
“Tetapi perjuangan mestilah kita teruskan untuk bangsa dan negara,” kata Dr Mahathir melalui video disiarkan di akaun Twitter rasminya, @chedetofficial.
Dr Mahathir yang juga bekas perdana menteri dimasukkan ke IJN minggu lalu kerana jangkitan di dadanya dan demam.
Menurut IJN, Dr Mahathir dimasukkan ke wad biasa untuk rawatan dan pemantauan.
Dalam video tersebut, Dr Mahathir dilihat seperti sudah berada di pejabatnya dan bertugas seperti biasa.
Demikianlah Artikel Tun M Nasihat Rafizi Bersabar
Sekianlah artikel Tun M Nasihat Rafizi Bersabar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tun M Nasihat Rafizi Bersabar dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/02/tun-m-nasihat-rafizi-bersabar.html