Umno: Aksi ‘londeh melondeh’ dedah sikap sebenar PH Selangor

Umno: Aksi ‘londeh melondeh’ dedah sikap sebenar PH Selangor - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Umno: Aksi ‘londeh melondeh’ dedah sikap sebenar PH Selangor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Umno: Aksi ‘londeh melondeh’ dedah sikap sebenar PH Selangor
link : Umno: Aksi ‘londeh melondeh’ dedah sikap sebenar PH Selangor

Baca juga


Umno: Aksi ‘londeh melondeh’ dedah sikap sebenar PH Selangor

 
Soal pembahagian kerusi pun tidak mampu diselesaikan dengan baik sehingga pekung masing-masing dibawa kepada umum, kata Timbalan Pengerusi Umno Selangor Mat Nadzari Ahmad Dahlan.

Mat-Nadzari-Ahmad_pakatan_600


PETALING JAYA: Umno Selangor berkata aksi “londeh melondeh” sesama pemimpin Pakatan Harapan berhubung isu pengagihan kerusi DUN di negeri itu mendedahkan sikap sebenar ahli politik gabungan pemerintah itu.

Timbalan Pengerusi Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan mempertikaikan kemampuan PH sebagai suatu gabungan politik, memandangkan mereka masih belum boleh menjalankan urusan pembahagian kerusi sesama mereka dengan baik.

“Perkembangan semasa politik di Selangor menyaksikan sikap sebenar pemimpin pembangkang yang pada hakikatnya tidak akan pernah puas dengan apa yang mereka ada. Jika perkara berkenaan tidak dipenuhi maka akan bergaduh, bertengkar dan londeh melondeh sesama mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan beliau ini menyusuli pertikaian terbuka antara pemimpin-pemimpin PH Selangor berhubung isu pengagihan kerusi DUN di Selangor untuk pilihan raya umum akan datang.

Mat Nadzari berkata ahli politik PH akan bercakap mengikut citarasa tanpa ada rasa hormat dan peduli dengan rakyat Selangor.

Beliau menambah perasaan tidak puas hati parti-parti komponen PH Selangor terhadap pengerusi mereka, Datuk Seri Azmin Ali cerminan kepada kepimpinannya sebagai menteri besar Selangor.

Menurut pemimpin Umno itu, slogan “Peduli Rakyat” kerajaan Selangor sekarang nampak cantik atas kertas tetapi “hakikatnya pelaksanaan di peringkat bawah kucar-kacir”.

“Kredibiliti Datuk Seri Azmin Ali yang dicemuh sebegitu rupa mencerminkan situasi sebenar menteri besar Selangor itu yang sebenarnya gagal memimpin sebuah jemaah dan negeri. Soal pembahagian kerusi pun tidak mampu diselesaikan dengan baik sehingga pekung masing-masing dibawa kepada umum,” katanya.

Perkelahian antara parti komponen PH tercetus selepas Amanah dan DAP negeri berkata mereka tidak tahu tentang mesyuarat pengagihan kerusi DUN di Selangor seperti yang didakwa oleh Azmin.

Pengerusi Amanah Selangor Izham Hashim dan Pengerusi DAP Selangor Tony Pua berkata mereka hanya menghadiri 4 mesyuarat jawatankuasa pilihan raya sahaja, yang membincangkan strategi untuk PRU14. Reaksi Amanah dan DAP itu menyaksikan serangan bertalu-talu daripada beberapa pemimpin PKR negeri.

Semalam, Pengerusi PH Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pertelingkahan terbuka antara parti komponen gabungan itu di Selangor hanya mengundang publisiti buruk dan meminta semua pihak bertelingkah berhenti menyerang sesama sendiri.

Rundingan pengagihan kerusi DUN Selangor sepatutnya dimuktamadkan 31 Januari lalu terpaksa dilanjutkan untuk seminggu lagi berikutan pertikaian antara parti komponen.



Demikianlah Artikel Umno: Aksi ‘londeh melondeh’ dedah sikap sebenar PH Selangor

Sekianlah artikel Umno: Aksi ‘londeh melondeh’ dedah sikap sebenar PH Selangor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Umno: Aksi ‘londeh melondeh’ dedah sikap sebenar PH Selangor dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/02/umno-aksi-londeh-melondeh-dedah-sikap.html

Subscribe to receive free email updates: