Judul : Yang jelas, saya tak sokong kamu, Khalid jawab Azmin
link : Yang jelas, saya tak sokong kamu, Khalid jawab Azmin
Yang jelas, saya tak sokong kamu, Khalid jawab Azmin
PETALING JAYA: Tan Sri Khalid Ibrahim berkata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali tidak perlu memikirkan pilihan parti politiknya dan beliau hanya perlu tahu beliau tidak mendapat sokongannya.
“Siapa saya sokong adalah hak saya. Yang jelas, saya tidak sokong YB Gombak (Azmin) kerana dia akan merugikan rakyat Selangor lebih RM2 billion dalam isu penyusunan semula industri air Selangor,” katanya di Facebook.
Bekas menteri besar itu menjawab kenyataan Azmin pada Khamis, yang berkata Khalid dilihat tidak mempunyai prinsip dan idealisme kerana “sekejap Umno, sekejap PAS, kemudian bebas” untuk pilihan raya umum akan datang.
“Khalid perlu buat keputusan. Dalam politik kita mesti ada prinsip, idealisme. Ini sekejap (sokong) Umno, sekejap PAS, kemudian bebas. Jika beliau mahu main peranan dalam PAS, masuk parti itu,” katanya.
Sebelum ini, sumber mengatakan Khalid berkemungkinan bertanding sebagai calon PAS di Parlimen Shah Alam pada PRU14 nanti. Kerusi itu ketika ini disandang pemimpin Amanah, Khalid Samad.
Tetapi ia mungkin tidak akan menjadi pertarungan antara 2 Khalid, kerana terdapat spekulasi Azmin akan berpindah kawasan ke Shah Alam dari Gombak.
Khalid dilihat mesra PAS selepas peristiwa Langkah Kajang, yang menyaksikan Azmin menjadi menteri besar Selangor dalam usaha PKR menggantikan Khalid dengan presiden mereka, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Khalid yang bertanggungjawab ke atas pengambialihan aset konsesi-konsesi air di Selangor oleh kerajaan negeri itu menjadi pengkritik Azmin dalam isu penyusunan semula industri air.
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak sebelum ini berkata beliau akan membantu kempen PAS dan sedia bekerjasama dengan Umno pada pilihan raya umum akan datang.
Demikianlah Artikel Yang jelas, saya tak sokong kamu, Khalid jawab Azmin
Sekianlah artikel Yang jelas, saya tak sokong kamu, Khalid jawab Azmin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Yang jelas, saya tak sokong kamu, Khalid jawab Azmin dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/02/yang-jelas-saya-tak-sokong-kamu-khalid.html