Judul : 31 rumah rosak dilanda ribut
link : 31 rumah rosak dilanda ribut
31 rumah rosak dilanda ribut
ANTARAPOSYAN: Sebanyak 31 rumah di tiga kampung di sekitar Bukit Besar, Yan rosak teruk selepas dilanda ribut, lewat petang Rabu.
Difahamkan kejadian berlaku 6.30 petang ketika kebanyakan penghuni berada di rumah.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Yan, Kapten (PA) Norlizawati Ismail berkata, berdasarkan maklumat terkini, 31 rumah membabitkan 186 orang mangsa terbabit dalam bencana berkenaan.
Beliau berkata, tiga kampung terbabit adalah Kampung Bukit Besar di Kota Sarang Semut, Kampung Haji Hashin Gelam 3 dan Kampung Batu 11.
"Seramai 15 anggota APM bergegas ke lokasi kejadian bagi mengawal keadaan. Turut serta petugas Tenaga Nasional Berhad (TNB), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
"Setakat ini, kami tidak menerima laporan membabitkan kecederaan penduduk akibat kejadian berkenaan," katanya.
Demikianlah Artikel 31 rumah rosak dilanda ribut
Sekianlah artikel 31 rumah rosak dilanda ribut kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 31 rumah rosak dilanda ribut dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/03/31-rumah-rosak-dilanda-ribut.html