Judul : Amah di P Pinang diselamatkan selepas 9 tahun dihalang pulang
link : Amah di P Pinang diselamatkan selepas 9 tahun dihalang pulang
Amah di P Pinang diselamatkan selepas 9 tahun dihalang pulang
GEORGE TOWN: Seorang pembantu rumah warga Indonesia dilarang menghubungi keluarga dan tidak dibenarkan pulang selama 9 tahun berjaya diselamatkan Konsulat Jeneral Indonesia di Pulau Pinang 2 minggu lalu, selepas catatan Facebook oleh rakannya tular.
Petronela Nahak @ Ida Nahak, 34, bekerja sebagai pembantu di sebuah rumah di Jalan Macalister hari ini tetapi mendakwa tidak dibayar gaji sepanjang 9 tahun bersama keluarga itu.
Ida, dari wilayah Nusa Tenggara Timur, memasuki Pulau Pinang secara haram melalui seorang ejen pada 2009.
Dia mempunyai permit bekerja sah yang luput pada 27 Julai 2018, kata pegawai konsulat.
“Kami berjaya selamatkan beliau daripada tempat kerjanya bersama dengan bantuan polis,” kata pegawai itu kepada FMT.
Pegawai konsulat itu menambah Ida dalam keadaan sihat dan tiada tanda-tanda penderaan. Ida berkata dirinya tidak didera tetapi majikannya “sangat cerewet” dan enggan memberikan cuti untuk pulang ke kampung.
Dia dibenarkan keluar rumah tetapi bawah pengawasan “ketat” majikannya dan tidak dibenarkan bercakap dengan sesiapa pun. Ida mendakwa dia dikunci di dalam rumah kebanyakan masa.
Menurut laporan Antara News, dalam 2 tahun pertama bekerja dengan keluarga itu, Ida sepatutnya dibayar RM550 sebulan. Bagaimanapun, dia tidak pernah melihat wang itu kerana majikan berkata ia dimasukkan ke akaun bank miliknya.
Apabila ditanya berapa banyak sudah dimasukkan, majikannya akan marah dan tidak mahu mendedahkan jumlah itu.
“Saya diberi gaji RM550 sebulan, kemudian dinaikkan kepada RM600. Kemudian, saya diberitahu saya akan dibayar RM800. Majikan kata semua dimasukkan ke akaun bank saya,” kata Ida.
Ida menambah polis dan konsulat Indonesia sedang menyiasat perkara berkenaan gajinya.
Laporan itu berkata pegawai konsulat dan polis pergi ke rumah tempat dia bekerja pada 19 Februari dan menyelamatkan Ida daripada majikan. Ida tiba di kampung halaman petang semalam.
Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kupang, Ida disatukan dengan ibunya, Theresia Soe, 65, selepas 9 tahun berpisah apabila Ida ke Malaysia untuk bekerja pada 2009.
Ida dilaporkan tidak mengenali ibunya sehinggalah diberitahu oleh pegawai kerajaan, kata portal itu.
Theresia berkata dia sentiasa berdoa anaknya selamat pulang ke pangkuannya sejak Ida
meninggalkan kampung halaman. Mereka berpelukan selama lebih 5 minit, menyebabkan pemberita turut menangis merakamkan detik itu.
Sementara itu, FMT menghubungi Ketua Polis Pulau Pinang Pesuruhjaya A Thaiveegan dan menunggu komen beliau tentang isu ini.
Kebetulan, Nusa Tenggara Timur tempat asal Adelina Jerima Sau. Pembantu rumah itu meninggal dunia di Hospital Bukit Mertajam pada 11 Februari, selepas didakwa didera majikannya.
Demikianlah Artikel Amah di P Pinang diselamatkan selepas 9 tahun dihalang pulang
Sekianlah artikel Amah di P Pinang diselamatkan selepas 9 tahun dihalang pulang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Amah di P Pinang diselamatkan selepas 9 tahun dihalang pulang dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/03/amah-di-p-pinang-diselamatkan-selepas-9.html