Judul : Amanah dapat kerusi majoriti di Kelantan - Wan Rahim
link : Amanah dapat kerusi majoriti di Kelantan - Wan Rahim
Amanah dapat kerusi majoriti di Kelantan - Wan Rahim
Oleh Ainor Rahim
SHAH ALAM: Amanah Kelantan mengesahkan parti itu diperuntukkan kerusi majoriti untuk dipertandingkan berbanding parti komponennya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Pengerusi Amanah Kelantan, Wan Rahim Wan Abdullah walau bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah sebenar kerusi yang diperuntukkan kepada parti itu.
"Saya tidak boleh sebut angka, tetapi yang pentingnya oleh kerana Kelantan ini Amanah yang 'lead'. Amanah yang terajui Pakatan Harapan (PH) di Kelantan. Maka, sudah tentulah Amanah akan bertanding kerusi paling banyak," katanya kepada Antarapos, hari ini.
Mengulas lanjut, ditanya berkenaan parti sekutunya DAP yang juga anggota komponen PH dilaporkan tidak mendapat sebarang kerusi di Kelantan, beliau mengesahkan khabar angin itu tidak benar.
"Tidak betul, ura-ura itu tidak betul. Kerusi DAP ada.
"Saya boleh mengesahkan DAP ada kerusi untuk bertanding, sebagai rakan dalam PH," ujarnya.
Semalam, Pengerusi PH Kelantan, Husam Musa memaklumkan isu pengagihan kerusi DUN yang sebelum ini hangat dipertikai kini sudah diselesaikan.
ADUN Salor itu bagaimanapun berkata persetujuan itu akan dimaklumkan terlebih dulu kepada Majlis Presiden PH sebelum diumumkan secara rasmi.
Ujar Wan Rahim lagi, Husam dijangka melaporkan keputusan rundingan agihan kerusi di negeri itu kepada pimpinan tertinggi gagasan pembangkang itu pada 7 Mac depan.
"YB Husam cakap, pembahagian kerusi DUN di Kelantan, 45 DUN memang dah selesai. Jadi dia akan kemukakan penyelesaian itu kepada mesyuarat Majlis Presiden yang dijangka diadakan pada 7 Mac nanti," ujarnya.
Susulan keputusan yang disepakati semalam, timbul desas-desus mengatakan Amanah Kelantan digambarkan akan bertanding di 23 kerusi, PKR memperoleh 10 kerusi, manakala PPBM bertanding 12 kerusi.
PH Kelantan sebelum ini telah mengadakan enam kali mengadakan pertemuan bagi menyelesaikan masalah pertindihan 14 kerusi DUN, sehingga melepasi tempoh asal yang ditetapkan.
Antaranya sembilan kerusi melibatkan pertindihan antara Amanah dan PPBM, tiga kerusi menjadi rebutan antara Amanah dan PKR dan dua kerusi antara PPBM dan PKR.
Selain Kelantan, rundingan agihan kerusi gagasan pembangkang pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad berkenaan berhadapan jalan sukar terutama di Selangor.
Namun hari ini, Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan kesemua agihan kerusi DUN, akhirnya dimuktamadkan kecuali di Sabah.
Ia termasuk agihan kerusi di Parlimen yang telah dimuktamadkan sebelum ini.
Demikianlah Artikel Amanah dapat kerusi majoriti di Kelantan - Wan Rahim
Sekianlah artikel Amanah dapat kerusi majoriti di Kelantan - Wan Rahim kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Amanah dapat kerusi majoriti di Kelantan - Wan Rahim dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/03/amanah-dapat-kerusi-majoriti-di.html