Azmin perlu jawab pada rakyat kenapa dana ADUN PAS masih 'disekat'

Azmin perlu jawab pada rakyat kenapa dana ADUN PAS masih 'disekat' - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Azmin perlu jawab pada rakyat kenapa dana ADUN PAS masih 'disekat', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Azmin perlu jawab pada rakyat kenapa dana ADUN PAS masih 'disekat'
link : Azmin perlu jawab pada rakyat kenapa dana ADUN PAS masih 'disekat'

Baca juga


Azmin perlu jawab pada rakyat kenapa dana ADUN PAS masih 'disekat'

Oleh Muhammad Ridz Effandy Ibrahim
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Akhirnya Menteri Besar Selangor dan pihak yang terlibat perlu menjawab kepada rakyat, mengapa 13 ADUN PAS sehingga kini belum mendapat peruntukan wakil rakyat daripada kerajaan negeri.
 
Itu respon ADUN Meru, Dr Rani Osman selepas ditanya perkembangan terkini berhubung isu berkenaan.
 
"Saya berharap kepada sesiapa terlibat MB ke siapa, kita faham MB pun tertekan dengan macam-macam (tekanan) dalam PH. Tapi akhirnya dia kena jawablah kepada rakyat dan kepada Malaikat yang mencatit perkara yang kita lakukan.
 
"Saya harap ini menjadi pengajaran, pihak yang terlibat fikir semula apa perlu dibuat tapi kena pulangkan balik hak rakyat," katanya ketika dihubungi Antarapos.
 
Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi dalam sidang medianya sebelum ini memberitahu pihaknya yakin Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menerima tekanan daripada Pakatan Harapan (PH) agar tidak mengagihkan dana itu kepada ADUN partinya.
 
Namun Sallehen tidak pula menjelaskan apakah tindakan susulan PAS selepas ini namun bertegas pihaknya tidak akan sesekali merayu untuk mendapatkannya berikutan ia bukan amalan.
 
Sehingga kini kebanyakan ADUN PAS di Selangor menggunakan wang peribadi bagi membiayai projek-projek untuk rakyat, malah ada yang terpaksa menangguh pembangunan yang sudah dirancang.
 
Rani kemudiannya memberitahu dana yang sepatutnya diperolehi ADUN PAS sudah sedia ada di Pejabat daerah masing-masing, namun tidak dapat dikeluarkan.
 
"Ini semua bukan duit bukan duit saya, bukan duit sesiapa tapi duit rakyat, yang kita sepatutnya pulangkan semula kepada rakyat. Bukan masuk dalam poket saya.
 
"Duit itu bukan milik sesiapa, itu milik rakyat. Macam di Meru saya dipahamkan dana itu ada dipejabat daerah tapi kami tak dapat," katanya lagi.
 
PAS Selangor sebelum ini memberi kata dua kepada Azmin untuk menyelesaikan isu dana kepada ADUN PAS sehingga sambutan Tahun Baru Cina.
 
Mereka juga mengugut untuk membawa isu peruntukan itu ke pengetahuan istana jika ia berlarutan. 




Demikianlah Artikel Azmin perlu jawab pada rakyat kenapa dana ADUN PAS masih 'disekat'

Sekianlah artikel Azmin perlu jawab pada rakyat kenapa dana ADUN PAS masih 'disekat' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Azmin perlu jawab pada rakyat kenapa dana ADUN PAS masih 'disekat' dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/03/azmin-perlu-jawab-pada-rakyat-kenapa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :