Beri kad kuasa kepada pegawai masjid berupaya

Beri kad kuasa kepada pegawai masjid berupaya - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Beri kad kuasa kepada pegawai masjid berupaya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Beri kad kuasa kepada pegawai masjid berupaya
link : Beri kad kuasa kepada pegawai masjid berupaya

Baca juga


Beri kad kuasa kepada pegawai masjid berupaya

OLEH SABIRAH AZIZ




SHAH ALAM: Pemberian kad kuasa kepada jawatankuasa masjid yang dilantik akan diberikan kepada golongan berupaya dan tidak uzur bagi memikul tanggungjawab seperti diamanahkan.

Exco Hal Ehwal Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa & Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, keutamaan diberikan kepada golongan itu supaya mereka dapat melaksanakan sesuatu tindakan tanpa mengira waktu.

“Kami akan meletakkan syarat yang mana pemilihan jawatankuasa masjid yang dilakukan Majlis Agama Islam Selangor pada tahun ini hanya akan disediakan kad kepada pegawai berupaya sahaja dan harus melaksanakan tanggungjawab diamanahkan.

“Ia sebagai langkah pencegahan ekoran terdapat segelintir pegawai masjid yang menyalahgunakan kad kuasa, tidak menjalankan kuasa diberikan serta tidak memberi kerjasama untuk menjadi saksi tangkapan menyebabkan perkara itu tidak boleh dilaksanakan proses perundangan sepatutnya,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Dewan Negeri Meru, Dr Abdul Rani Osman berkenaan penarikan semula kad penguasa amal maaruf nahi mungkar kepada pengurusan masjid sejak 2016.

Ahmad Yunus berkata, peratusan pegawai masjid yang menyalahgunakan kad kuasa adalah kecil namun memberikan impak besar kepada institusi agama.

“Sebenarnya, tiada istilah pegawai masjid memerlukan kad kuasa kerana mereka telah diberikan kuasa dan tuga-tugas yang perlu dijalankan sebagai pegawai masjid.

“Bagaimanapun, pegawai masjid juga bertangggungjawab atas tingkah laku anak kariah dan perlu melakukan tangkapan tanpa waran dengan membawa pesalah kepada pihak berkuasa atau polis.

“Sekiranya mereka tidak menjalankan tanggungjawab berkenaan maka kita akan menarik semula dan membekukan kad kuasa berkenaan,” katanya.



Demikianlah Artikel Beri kad kuasa kepada pegawai masjid berupaya

Sekianlah artikel Beri kad kuasa kepada pegawai masjid berupaya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Beri kad kuasa kepada pegawai masjid berupaya dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/03/beri-kad-kuasa-kepada-pegawai-masjid.html

Subscribe to receive free email updates: