Judul : Beri peluang kepada orang muda, kata bekas ahli DAP kepada Kit Siang
link : Beri peluang kepada orang muda, kata bekas ahli DAP kepada Kit Siang
Beri peluang kepada orang muda, kata bekas ahli DAP kepada Kit Siang
Oleh Athirah Hanapiah
KUALA LUMPUR: Sudah tiba masanya bagi veteran DAP, Lim Kit Siang untuk 'undur diri' dan melepaskan jawatan beliau di dalam parti politik yang sedang diterajuinya sekarang, kata bekas ahli DAP, Janice Lee.
Katanya, Kit Siang sudah terlalu tua dan lama berada di dalam DAP, justeru wajar bagi pemimpin itu untuk meletakkan kesemua jawatan yang disandangnya dan memberi peluang kepada yang lebih muda untuk menggantikannya.
"Jika mahu parti ini menjadi satu parti yang relevan, seharusnya memberi peluang kepada orang muda.
"Sudah lama orang meminta dia (Lim Kit Siang) menyerahkan kuasa kepada orang baru. Jika kita lihat MCA, UMNO, MIC dan PAS telah bertukar orang cuma DAP sahaja masih belum. Hampir 20 tahun. Kerusi mungkin boleh tukar tapi orang sekarang ikut kuasa bukan jawatan.
"Ini tidak berkaitan antara saya dalam DAP atau tidak, saya beri nasihat yang sama kepada semua parti. Kita perlu beri peluang kepada orang baru kerana orang baru mempunyai daya kreativiti dan dinamik. Jadi mereka mungkin mempunyai pandangan yang berbeza," katanya dalam satu temu-bual eksklusif bersama Antarapos.
Ketua Parlimen DAP itu sudah berkecimpung dalam politik sejak era 60-an lagi.
Beliau pertama kali dilantik menjadi Ahli Parlimen Kota Melaka pada 1969 dan kini sudah lebih 50 tahun kekal menjadi ahli dewan rakyat.
Kini, Kit Siang merupakan Ahli Parlimen Gelang Patah apabila menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mengalahkan calon Umno-BN, Datuk Abdul Ghani Othman.
Penghujung tahun lalu, Kit Siang, 77, disahkan menghidap kanser tahap pertama dan terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang 30 peratus bahagian buah pinggangnya.
Bapa kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng itu juga sebelum ini tidak menolak untuk bersara selepas berkecimpung dalam arena politik selama 51 tahun.
Malah beliau juga pernah membayangkan bahawa PRU14 berkemungkinan menjadi medan pilihan raya terakhir untuknya.
Janice masih aktif
Sementara itu, menceritakan tentang perkembangan terbarunya, Janice mengesahkan dirinya bakal bertanding semula di DUN yang pernah dipegangnya sebelum ini, iaitu DUN Teratai.
Malah, beliau yang kini merupakan Setiausaha Parti Rakyat Malaysia (PRM) itu juga memberitahu akan turut bertanding di Parlimen Pandan pada PRU kali ini.
"Saya kini bersama Parti Rakyat Malaysia sebagai Setiausaha PRM di Selangor.
"Presiden dan setiausaha telah melantik saya sebagai calon Dun Teratai dan Parlimen Pandan. Oleh itu, saya akan bertanding di dua kerusi dalam pilihan raya akan datang," ujarnya lagi.
Untuk rekod, Janice mengumumkan keluar dari DAP pada 2013 selepas parti memecat keahliannya berikutan pertuduhan penyelewengan dana negeri dan wang rakyat.
Bagaimanapun Janice menolak tuduhan itu dan lebih malang beliau tidak diberikan peluang untuk membela diri.
Demikianlah Artikel Beri peluang kepada orang muda, kata bekas ahli DAP kepada Kit Siang
Sekianlah artikel Beri peluang kepada orang muda, kata bekas ahli DAP kepada Kit Siang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Beri peluang kepada orang muda, kata bekas ahli DAP kepada Kit Siang dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/03/beri-peluang-kepada-orang-muda-kata.html