BN umum calon PRU14 lebih awal elak sabotaj, kata Zahid

BN umum calon PRU14 lebih awal elak sabotaj, kata Zahid - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BN umum calon PRU14 lebih awal elak sabotaj, kata Zahid, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BN umum calon PRU14 lebih awal elak sabotaj, kata Zahid
link : BN umum calon PRU14 lebih awal elak sabotaj, kata Zahid

Baca juga


BN umum calon PRU14 lebih awal elak sabotaj, kata Zahid

 
TPM berkata sebelum ini calon berpengaruh yang tidak dipilih mempengaruhi jentera parti agar tidak melaksanakan tugas berkempen.




CYBERJAYA: Langkah Barisan Nasional (BN) mengumumkan calon pilihan raya umum ke-14 (PRU14) lebih awal adalah tepat bagi mengelak unsur sabotaj terhadap parti dan calon yang dipilih, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid yang juga timbalan pengerusi BN berkata langkah luar kotak yang diambil Datuk Seri Najib Razak selaku pengerusi BN akan memberi lebih masa kepada kepimpinan parti untuk melakukan proses “pemujukan” terhadap mana-mana pemimpin di sesuatu kawasan yang tidak dipilih sebagai calon.

“Ia sekali gus berupaya menjauhkan unsur sabotaj yang biasa terjadi sebelum ini apabila mereka yang berpengaruh tidak dicalonkan, mempengaruhi jentera parti untuk tidak melaksanakan tugas dalam kempen pilihan raya yang sedang berlangsung,” katanya dalam sidang media selepas menyertai rakaman program bual bicara “Orang Diparol” di Studio Al-Hijrah hari ini.

Dalam sidang media bersama wartawan Malaysia di Sydney, Australia semalam, Najib berkata BN mungkin akan mengumumkan calon bagi PRU14 lebih awal berbanding 2 atau 3 hari sebelum PRU seperti diamalkan selama ini.

Menurut Zahid, berdasarkan pengalaman sebelum ini, langkah mengumumkan calon sehari sebelum hari penamaan calon dilihat tidak lagi sesuai dilaksanakan pada PRU14 dan juga mana-mana pilihan raya selepas ini.

Zahid berkata pemilihan calon BN bagi PRU14 dibuat selepas kajian dinamik dan menyeluruh terhadap individu yang dicadangkan oleh akar umbi parti, bahagian dan negeri masing-masing.

Beliau berkata kajian dinamik itu membabitkan 3 faktor penting iaitu aspek kesedaran masyarakat mengenai kewujudan calon di sesuatu kawasan, tahap penerimaan pengundi serta daya kemenangan yang dimiliki calon tersebut.

“Kajian ini dilakukan secara dinamik, ertinya ia bukan kajian rambang.

“Jika di sesuatu kawasan DUN atau Parlimen tidak ada calon yang boleh diterima masyarakat, kami lakukan pilihan ke-2,” katanya, serta menambah kuasa menukar calon adalah hak mutlak Najib.

Mengenai momentum sokongan dan penerimaan rakyat terhadap BN, Zahid berkata ia semakin positif dan memberangsangkan khususnya di kawasan yang dikategorikan sebagai “hitam” dan “kelabu”.

Beliau juga “lega” apabila teguran yang dibuatnya ketika melawat sesuatu kawasan diterima baik oleh seluruh ahli Umno dan jentera BN.

Berhubung kenyataannya semalam yang dilapor sedia berundur lebih awal daripada dunia politik, Zahid yang juga ahli parlimen Bagan Datuk secara berseloroh berkata PRU14 adalah yang terakhir bagi dirinya jika tidak lagi dipilih Najib selepas ini.

“Jika saya masih diperlukan pengundi Bagan Datuk, saya akan berhenti sebelum usia 93 tahun,” katanya.



Demikianlah Artikel BN umum calon PRU14 lebih awal elak sabotaj, kata Zahid

Sekianlah artikel BN umum calon PRU14 lebih awal elak sabotaj, kata Zahid kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel BN umum calon PRU14 lebih awal elak sabotaj, kata Zahid dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/03/bn-umum-calon-pru14-lebih-awal-elak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :