Duda dipenjara sebulan, denda RM500 curi buku motivasi

Duda dipenjara sebulan, denda RM500 curi buku motivasi - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Duda dipenjara sebulan, denda RM500 curi buku motivasi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Duda dipenjara sebulan, denda RM500 curi buku motivasi
link : Duda dipenjara sebulan, denda RM500 curi buku motivasi

Baca juga


Duda dipenjara sebulan, denda RM500 curi buku motivasi



prison-robs-store
AFP pic.


KUALA LUMPUR: Seorang duda terpaksa merengkok di penjara selama sebulan dan membayar denda RM500 akibat perbuatannya mencuri 6 buku motivasi yang disembunyikan di dalam baju kemeja yang dipakainya, Jumaat lalu.

Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali menjatuhkan hukuman itu ke atas Kamarul Bahrin Abdul Rahman, 53, pembantu kedai makan, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhannya di Mahkamah Majistret Ampang hari ini.

Dia dituduh mencuri 4 buku bertajuk ‘Menantu Hipster’ dan 2 buku bertajuk ‘Bagaimana menjadi kaya dengan cepat yang diredai Allah Swt’, semuanya bernilai RM133.80, kepunyaan kedai buku Popular.

Mahkamah memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh ditangkap pada 9 Mac lepas dan dipenjara sebulan lagi jika gagal membayar denda.

Dia melakukan perbuatan itu di Kedai Buku Popular, Pasaraya Tesco Ampang, Jalan Pandan Prima, pada 9 malam, 9 Mac lepas mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh didenda dan bagi kesalahan kali ke-2 atau seterusnya hendaklah dipenjara dan denda atau sebat.

Mengikut fakta kes, pengadu yang merupakan penyelia kedai buku tersebut ternampak tertuduh dalam keadaan mencurigakan apabila mengambil beberapa buku dan membawanya ke hujung rak buku.

Wanita itu memerhatikan tertuduh serta melihatnya keluar melalui pintu utama kedai dan ketika dia cuba melepasi pintu, sensor berbunyi, namun tertuduh tidak mengendahkan dan terus beredar dari kedai.

Pengadu mengekori tertuduh lalu meminta dia pergi semula ke pintu utama kedai buku dan sebaik melalui pintu itu, sensor sekali lagi berbunyi menyebabkan tertuduh mengeluarkan semua buku yang disembunyikan di dalam baju kemejanya serta meminta teruduh membuat bayaran bagi semua buku yang diambilnya.

Tertuduh kemudiannya memberitahu dia hanya mempunyai wang tunai RM20, lalu pengadu cuba menghubungi pengurus kedai sebelum secara tiba-tiba tertuduh cuba melarikan diri dan menumbuk perut pengadu, yang kemudiannya menjerit meminta pertolongan sehingga tertuduh berjaya ditahan.

Ketika rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam memberitahu mahkamah dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu dan merayu hukuman ringan, manakala Timbalan Pendakwa Raya Alia Sumayyah Amran memohon hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh.



Demikianlah Artikel Duda dipenjara sebulan, denda RM500 curi buku motivasi

Sekianlah artikel Duda dipenjara sebulan, denda RM500 curi buku motivasi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Duda dipenjara sebulan, denda RM500 curi buku motivasi dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/03/duda-dipenjara-sebulan-denda-rm500-curi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :